Isham tak hadir pun mesyuarat MKT UMNO semalam
Sebelum ini kononnya mahu bentang hasil kajian kehilangan undi
Isham tak hadir pun mesyuarat MKT UMNO semalam
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tidak membincangkan pemecatan mana-mana pemimpin parti dalam mesyuarat malam tadi.
Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan isu pemecatan seperti didakwa ahli MKT Isham Jalil sebelum ini tidak dibincangkan.
“Setakat ini tak ada (perbincangan mengenai pemecatan). Yang dibincang hanya yang ada dalam kenyataan ini sahaja,” katanya kepada pemberita merujuk kepada kenyataan media yang diedarkan selepas mesyuarat MKT di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur.
Kenyataan itu mengandungi enam perkara termasuk ucapan terima kasih kepada jentera parti yang terlibat dalam PRK berkembar di Johor; mengambil langkah untuk mengukuhkan parti berdasarkan post-mortem enam pilihan raya negeri; dan mengadakan konvensyen Umno bahagian untuk mengukuhkan pemahaman tentang dasar parti.
Kenyataan itu juga menyentuh kepentingan memperkukuhkan dan memperkasakan lagi hubungan kerjasama Umno dengan Pakatan Harapan (PH) di semua peringkat, dan menyambut baik cadangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan kembali Konvensyen Ekonomi Bumiputra serta memfokuskan agenda mensejahterakan rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup yang kian meningkat.
Sebelum ini, Isham berkata dia mungkin antara yang akan dipecat sebagai anggota MKT kerana tidak sehaluan dengan pendirian presiden parti Ahmad Zahid Hamidi untuk Umno bekerjasama dengan DAP dalam pilihan raya.
Sementara itu, Asyraf berkata Isham tidak menghadiri mesyuarat malam tadi.
Dia juga berkata keputusan menubuhkan kerajaan perpaduan bersama PH selepas PRU15 pada Nov tahun lepas bukan keputusan pemimpin tertentu sebaliknya merupakan ketetapan MKT pada 23 Nov tahun lalu, sebelum diabsahkan di Perhimpunan Agung Umno 2023 pada 10 Jun yang lalu.
“Jadi, tak timbul apa yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak seolah-olah keputusan kita ini hanya keputusan tertentu, sebab keputusan yang diambil itu adalah keputusan konsensus.
“Saya nak kongsikan ini bahawa pada malam tersebut (23 Nov) 56 ahli MKT semua setuju. Memang dalam mesyuarat ada dua orang yang mempunyai pandangan berbeza.
“Tetapi, akhirnya semua ambil ketetapan bersama dan selepas itu tidak ada pun timbul isu di luar oleh mana-mana ahli MKT, cuma yang baru-baru ini sahaja ada yang berbincang isu ini,” katanya.
Dia berkata demikian ketika mengulas kenyataan Isham bahawa Umno perlu mengadakan perhimpunan agung khas bagi membincangkan hala tuju parti.
Kata Isham pelaksanaan perhimpunan agung khas itu itu penting bagi membolehkan para pemimpin parti mendengar suara akar umbi.
Pada PRN, Umno hanya memenangi 19 daripada 108 kerusi DUN yang ditandingi di enam negeri terbabit.
Menurut Isham, kerjasama Umno dengan DAP – melalui PH – dan faktor Ahmad Zahid menyumbang kepada perubahan sokongan berkenaan.
Bekas ketua penerangan Umno itu juga mendakwa pemenjaraan Najib Razak adalah faktor ketiga mengapa pengundi BN tidak lagi memilih parti berkenaan pada PRN 12 Ogos lalu.
Sementara itu, jangkaan bahawa parti itu akan memecat Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis yang menghadiri program Perikatan Nasional (PN) juga tidak menjadi kenyataan malam tadi.
Asyraf berkata perkara itu akan diserahkan kepada majlis disiplin Umno. Mk
Isham tak hadir pun mesyuarat MKT UMNO semalam
Baca Artikel Menarik:
- Saya dimadukan isteri
- Umno boleh kembali relevan jika bersama PH
- 15 MP tumbang, Speaker wajibkan semua jalani pemeriksaan
- Mahathir diarah fail pembelaan
- Nampak lurah, Ruhainies minta maaf
- Isham lebih tahu dari saya – Zahid
- Hadi ‘buat drama’, sanggup ke penjara
- Azhar Sulaiman minta Marissa dan Abby hubunginya
- Kenapa Shahidan, Syed Saddiq membisu bila Muhyiddin dibebaskan?
- Rider pulang jalan kaki, motosikal ditahan JPJ (Video)
- Gelekan ‘maut’ Baby Shima
- Jentera kerja keras, Isham tak bantu pun
- Polis cekup lima pelakon, pengarah filem lucah
- Perdana Menteri mana yang lantik Idrus Harun? Shahidan jangan ‘acah-acah’ lupa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.