Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar
TELUR adalah makanan popular dan berkhasiat tinggi yang kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan, protein dan lemak. Oleh kerana harganya mampu milik dan mudah didapati, ramai yang menjadikannya makanan setiap hari.
Di samping menyediakan pelbagai khasiat penting untuk kesihata tubuh badan. Telur juga membantu merangsang pemulihan otot.
Kajian ke atas 10 lelaki menunjukkan pengambilan keseluruhan telur (putih dan kuning) membantu pertumbuhan otot.
Ini kerana, kuning telur penuh dengan vitamin, mineral dan asid lemak. Contohnya vitamin A, selenium, zink dan asid lemak palmitat yang boleh meningkatkan perkembangan otot.
Saintis Pemakanan, Dr. Suri Roowi berkata, makan telur separuh masak ketika sarapan adalah popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tetapi, jenis telur yang manakah baik untuk atasi masalah otot? telur rebus (masak penuh), separuh masak atau telur mentah?
“Kajian tentang khasiat telur rebus (masak penuh), separuh masak dan telur mentah telah dilakukan di Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
“Hasil kajian mendapati hampir kesemua jenis asid amino (non-essential dan essential amino acid) meningkat dengan ketara dalam telur rebus (separuh masak) berbanding telur rebus (masak penuh) dan telur mentah.
“Telur rebus (separuh masak) juga mudah dicerna (81.5 %) diikuti dengan telur rebus (masak penuh) sebanyak 76.2% manakala telur mentah pula mempunyai nilai kebolehcernaan yang paling rendah sebanyak 70.0%,” katanya menerusi perkongsiaan di Facebook miliknya.
Sehubungan itu, beliau bersetuju dengan amalan orang-orang tua kita dulu-dulu. Jika anak-anak mereka tidak sihat seperti demam dan sakit badan, mereka akan sajikan telur rebus (separuh masak).
Walaupun telur mempunyai banyak khasiat tetapi ia tidak boleh diambil secara berlebihan.
Menurut healtline, secara purata satu telur bersaiz besar mengandungi sekitar 200 miligram kolesterol.
“Jika anda mempunyai tahap kolesterol Low Density Lipoprotein (LDL) yang tinggi, berat badan berlebihan atau obesiti, penyakit kronik seperti diabetes atau sejarah keluarga penyakit jantung, mungkin lebih baik untuk makan tidak lebih daripada satu biji telur sehari atau empat hingga lima biji telur seminggu.
“Bagi orang dewasa yang sihat, disarankan untuk makan satu hingga dua biji telur sehari bergantung kepada jumlah kolesterol lain dalam diet anda.
“Jika anda sudah mempunyai kolesterol tinggi atau faktor risiko lain seperti penyakit jantung, mungkin lebih baik makan tidak lebih daripada empat hingga lima biji telur seminggu,” terang laman web kesihatan itu.- RELEVAN
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Saya dimadukan isteri
- Umno boleh kembali relevan jika bersama PH
- 15 MP tumbang, Speaker wajibkan semua jalani pemeriksaan
- Mahathir diarah fail pembelaan
- Nampak lurah, Ruhainies minta maaf
- Isham lebih tahu dari saya – Zahid
- Hadi ‘buat drama’, sanggup ke penjara
- Azhar Sulaiman minta Marissa dan Abby hubunginya
- Kenapa Shahidan, Syed Saddiq membisu bila Muhyiddin dibebaskan?
- Rider pulang jalan kaki, motosikal ditahan JPJ (Video)
- Gelekan ‘maut’ Baby Shima
- Jentera kerja keras, Isham tak bantu pun
- Polis cekup lima pelakon, pengarah filem lucah
- Perdana Menteri mana yang lantik Idrus Harun? Shahidan jangan ‘acah-acah’ lupa
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.