Kenapa Shahidan, Syed Saddiq membisu bila Muhyiddin dibebaskan?
Kenapa Shahidan, Syed Saddiq membisu bila Muhyiddin dibebaskan?
Veteran UMNO mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Arau, Tan Sri Shahidan Kassim dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membisu seribu bahasa apabila mahkamah melepas dan membebaskan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada empat pertuduhan rasuah.
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, mereka juga sepatutnya bertanya sama ada kerajaan terlibat dalam keputusan tersebut.
Menurut beliau, yang jelasnya, Shahidan dan Syed Saddiq mewakili kumpulan ‘desperado’ pembangkang yang sedang mencuba dengan berbagai cara untuk mensabotaj Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Mereka tertekan dengan kegagalan menjanjikan kerajaan akan tumbang selepas pilihan raya negeri (PRN) lalu.
“Mereka malu. Jadi untuk menutup perasaan malu itu maka mereka bangkitkan isu mahkamah melepas tanpa dibebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mustapha mengulas mengenai tindakan Shahidan dan Syed Saddiq yang berterusan mengkritik keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak usul tergempar Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal semalam.
Melalui usul tersebut, Wan Ahmad Fayshal mencadangkan agar Peguam Negara dipanggil untuk menjelaskan keputusan DNAA Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan berkait Yayasan Akalbudi.
Hari ini, sidang Dewan Rakyat kecoh lagi apabila Shahidan berkeras meminta kerajaan menyatakan hala tuju kes tersebut manakala Syed Saddiq pula mempersoalkan sama ada wakil rakyat pembangkang kini dibisukan kerana tidak boleh mengkritik kerajaan.
Mustapha memberitahu, Shahidan sepatutnya tahu keputusan DNAA Ahmad Zahid melibatkan Peguam Negara dan mahkamah justeru ia bukan keputusan kerajaan atau Anwar.
Beliau mendakwa, Shahid sengaja mahu mengheret kerajaan dalam keputusan tersebut apabila sengaja membangkitkan isu itu setelah usul tergempar Wan Ahmad Fayhsal ditolak oleh Johari.
“Keputusan Speaker Dewan Rakyat adalah tepat kerana tiada kepentingan usul itu untuk dibahaskan.
“Shahidan mungkin kecewa dengan keputusan itu dan sengaja membuat kacau di dalam Dewan Rakyat,” jelasnya.
Mustapha berkata, dakwaan Syed Saddiq kononnya kerajaan mahu membisukan ahli Parlimen adalah alasan yang dangkal, mentah dan kebudak-budakan.
“Apakah selama ini pembangkang ditegah dari berucap di dalam dewan?
“Malah merekalah yang banyak bercakap dan membuat kacau serta mengganggu perjalanan dewan,” katanya.
Beliau menambah, Syed Saddiq sepatutnya tahu proses perjalanan Dewan Rakyat memandangkan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu pernah berada dalam kerajaan dan menjadi menteri.
“Tapi, setelah beliau tidak lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan, beliau berlagak sebagai pembangkang yang tidak waras,” jelasnya. MG
Kenapa Shahidan, Syed Saddiq membisu bila Muhyiddin dibebaskan?
Baca Artikel Menarik:
- Raymond Goh meninggal dunia
- Influenza A lebih sakit daripada COVID-19 – Yana
- Irfan Fandi bercinta dengan Miss Universe Thailand 2023
- Cabar undang-undang faktor RX-Z kena ‘pukat’
- Itu hanya cakap Isham, bukan pendirian UMNO
- Bunian ajak Tom menyanyi
- UMNO bekerjasama dengan PH bukan kahwin dengan DAP
- Ini sangat biadap, Ameera Khan dituduh berjudi
- Komen pedas Umie Aida
- Isham wajar letak jawatan sebagai MKT UMNO
- Syed Saddiq tiada keabsahan moral juarai isu rasuah – AMK
- Syahmi buat tujuh gigi pemain China terpaksa dicabut
- Wanita Timur Tengah tunjuk jari tengah bila kantoi minta sedekah (Video)
- Caprice buat pendedahan Mondy Tatto, Ebit Lew
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.