Rayer saman ketua PAS P Pinang

Rayer saman ketua PAS P Pinang

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dari DAP memfailkan saman fitnah terhadap Ketua PAS Pulau Pinang, Fauzi Yusoff atas kenyataan dibuat mengenainya dalam ceramah Jun lalu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Rayer mendakwa Fauzi berbohong dalam ceramah di Balik Pulau itu dan memberi gambaran beliau (Rayer) rasis, angkuh dan tidak bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen.



Menurutnya, Fauzi mendakwa beliau memaklumkan mangsa kebakaran di Jelutong bahawa beliau tidak kisah hilang undi Melayu dan India.

Rayer berkata, Fauzi mendakwa mangsa kebakaran memarahi Rayer dan pembantunya kerana hanya melawat mereka selepas PAS berbuat demikian.

Rayer menuntut ganti rugi dan permohonan maaf daripada Fauzi di Facebook serta YouTube.

Menurut peguam Rayer, K Simon Murali, Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Hassan menetapkan 6 Nov ini untuk pengurusan kes. Fauzi perlu memfailkan pernyataan pembelaan sebelum itu. FMT



Rayer saman ketua PAS P Pinang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker