7,000 unit rumah mampu milik tak terjual – Reezal Merican

7,000 unit rumah mampu milik tak terjual – Reezal Merican

Sebanyak 7,000 unit rumah mampu milik tidak terjual setakat tahun 2019, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Ahli Panel Berkepakaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang dilantik hari ini berperanan membincangkan faktor kenapa ribuan rumah berkenaan masih belum dibeli.



Dalam masa yang sama, beliau berkata, panel-panel berkenaan akan turut membincangkan agenda perumahan melibatkan ketersediaan rumah mampu milik, pemilikan dan kemampuan rakyat kualiti dan daya huni.

“Untuk kita lihat perkara-perkara yang perlu dilihat sebagai model baharu dalam aspek penyediaan dan pemilikan hartanah. Hartanah selalu berkisar penyediaan apa guna kita sedia tetapi tidak boleh dimiliki dan kemampuan,” katanya selepas menyerahkan Watikah Pelantikan Panel Berkepakaran KPKT hari ini.

Seramai 25 ahli yang merupakan nama-nama besar menerima Watikah Pelantikan Panel Berkepakaran KPKT hari ini antaranya, Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Zamani Abdul Ghani.

Selain itu, Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri, Shahril Sufian Hamdan juga merupakan salah seorang panel.



Terdahulu kata Reezal Merican, panel berkenaan diwujudkan demi merealisasikan matlamat kerajaan untuk menyediakan 500,000 unit rumah mampu milik dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

Hasil daripada perbincangan dan dapatan yang digembeleng bersama antara panel-panel akan dibawa kepada Majlis Perumahan Negara untuk pengetahuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelak.

Sehubungan itu, Reezal Merican berharap Panel Berkepakaran KPKT akan menjadi medium kepada pembentukan model baharu dalam aspek ekosistem keseluruhan penyediaan rumah mampu milik.

“Perlu ada pandu arah baharu, strategi baharu, kaedah baharu dan melihat aspek ketersediaan,” ujarnya. MG



7,000 unit rumah mampu milik tak terjual – Reezal Merican


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)



Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker