Harga barang naik: KPDNHEP sedang berunding terus dengan pemain industri [VIDEO]



Harga barang naik: KPDNHEP sedang berunding terus dengan pemain industri [VIDEO]

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan pihaknya sedang terus mengadakan sesi tadbir urus dengan pemain industri untuk mengawal kenaikan harga barang.

Katanya pihak kementerian berusaha untuk memastikan bukan sahaja pengguna tetapi peniaga juga tidak terhimpit dan dapat terus menjalankan perniagaan mereka.

Beliau mengakui pihaknya tidak dapat menangani sepenuhnya isu kenaikan harga barangan ini memandangkan ia berkait dengan faktor di luar kawalan mereka seperti peningkatan kos bahan mentah di peringkat global, namun mereka sedang melakukan yang terdaya.

“Sehari dua ini saya akan buat sesuatu yang sangat afirmatif untuk menangani masalah ini.

“Jadi ketika ini mungkin saya tidak dapat nak dedahkan semuanya tapi yang pasti saya akan lebih bertegas dalam isu ini tetapi bukan sekadar untuk pertimbangkan kemahuan pengguna sahaja, kita kena jaga juga peniaga kita, mereka penting dalam sistem kita.

“Tak bolehlah kita nak jaga satu pihak, kita jejaskan pihak lain.”




Alexander menegaskan yang beliau perlu melihat kepada seluruh rantaian perniagaan supaya setiap pihak terlibat dapat berada dalam kedudukan seimbang, tidak ada yang rugi dan tiada juga yang mengaut untung lebih, pada ketika tempoh pemulihan pasca pandemik ini.

Seiring perundingan ketika libat urus bersama para pemain industri, maklum balas dan cadangan yang diterima KPDNHEP turut diutarakan kepada Kementerian Kewangan malah kepada Perdana Menteri sendiri, kata beliau.

Harga barang naik: KPDNHEP sedang berunding terus dengan pemain industri [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392




Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mental jangan koyak – TMJ (Video)

‘Siapa kecam aku, berdosa, berdosa’ – Lelaki tak jadi berbogel kerana JDT kalah



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: