Najib ke Mahkamah Bagaikan Bertinju Sebelah Tangan Diikat Di Belakang

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

KINI telah terbongkar bagaimana Datuk Seri Najib(DSN) dianiaya ketika menjalani perbicaraan beliau. DSN telah dinafikan satu perbicaraan yang tidak adil apabila maklumat penting dilihat dengan sengaja disorokkan dari pengetahuan beliau.

Menurut Peguam DSN, Tan Sri Shafee Abdullah, anak guam beliau telah pergi ke mahkamah secara analoginya bagaikan masuk bertinju dengan sebelah tangan diikat di belakang. Kerana beliau tidak diberikan segalanya yang merupakan hak beliau. Jadi inilah aduannya bahawa beliau tidak diberikan hak untuk menjalani perbicaraan yang adil seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia di bawah Artikel 5.

Bukti baru ini perlu menjadi sebahagian dari rekod rayuan kerana bukti baru ini tidak muncul sebelum ini iaitu ketika perbicaraan. Oleh itu, adalah sesuatu yang sangat logik untuk peguam Najib ‘memohon izin’ dari mahkamah rayuan untuk membentangkan bukti terkini ini.



Apabila mahkamah mengizinkan maka Shafee akan membentangkan pertamanya adalah afidavit, keduanya adalah isu yang ingin dibangkitkan, iaitu yang pertama adalah perlunya soalan lanjutan kepada pegawai penyiasat (IO) yang telah memberikan keterangan di mahkamah. IO sepatutnya tahu perkara ini kerana dia dari SPRM. Kenapa IO tidak memberitahu perkara ini kepada Najib. Dan yang paling penting, Datuk Seri Azam Baki yang secara jelas ketika SPRM membuat kenyataan berkenaan wang yang diperolehi dari Singapura, secara khusunya dari Keluarga Zeti dan juga dari Nik Faisal, sudah semestinya Azam Baki sebagai orang no 1 di SPRM mengetahui perkara ini. Kenapa perkara ini tidak didedahkan?.

Itu pastinya relevan terutamanya dalam isu Zeti dan Nik Faisal. Ini semua adalah bahan bukti oral yang Mahkamah Rayuan perlu menetapkan satu tarikh supaya kedua mereka ini boleh memberikan keterangan secara viva voce (maknanya secara oral).

Menurut Shafee lagi, dalam senario ini, 2 perkara boleh berlaku.

Yang pertama mereka (hakim mahkamah rayuan) membenarkan permohonan ini atau mereka tidak membenarkannya.



Jika mereka membenarkannya, mereka mungkin juga boleh katakan mereka hanya membenarkan affidavit DSN tetapi tidak membenarkan keterangan viva voce oleh dua saksi berkenaan. Jika ini tidak boleh dilakukan di mahkamah tinggi. Ia perlu dilakukan di mahkamah rayuan. Kerana mahkamah tinggi telah selesai. Functus officio (dah luput).

Jadi mereka mungkin menerima affidavit tetapi tidak mahu mendengar kesaksian viva voce atau mereka mungkin juga membuat keputusan menerima affidavit dan juga keterangan saksi secara viva voce. Dan selepas itu pihak DSN putuskan sekiranya ia relevan dengan keputusan mereka atau tidak.

Pihak DSN memohon perkara ini dan katalah ianya ditolak, maka ia akan menjadi sebahagian dari rayuan DSN di Mahkamah Persekutuan. Sama ada DSN menang atau kalah, kes ini pasti akan ke Mahkamah Persekutuan.

Berkenaan Pembalikan bon IMTN yang berlaku pada tahun 2009 iaitu sebelum kes SRC, ia adalah relevan kerana wang dari IMTN ini telah diraih keuntungan lumayan oleh Jho Low sehingga menjejaskan 1MDB (Ketika itu ia dikenali sebagai TIA). Bon pertama adalah IMTN.



Jadi dari jumlah wang sebegitu besar yang Jho Low raih, dia memberikan habuan kepada keluarga Zeti.

Fakta bahawa Zeti menerima manfaat adalah relevan atas 2 perkara:
1. Jho Low kenal TS Zeti dan keluarganya jauh lebih lama dari DSN. Ini sangat penting. Zeti dan keluarganya telah tercemar sedangkan Zeti adalah Gabenor Bank Negara pada ketika itu, adalah sangat relavan kerana DSN memohon pertolongan Zeti untuk memberi amaran kepada beliau sekiranya terdapat apa-apa yang tidak betul.

2. Ketika permohonan DSN untuk membawa masuk wang derma Arab Saudi ini, adakah Zeti telah melakukan tugasnya untuk memantau dengan betul atau beliau melihatnya dengan kepentingan peribadi. Kerana Zeti terbukti menerima wang dari Jho Low. Kegagalan Zeti memberi amaran kepada DSN berkenaan Jho Low mengakibatkan DSN pula yang terpaksa menderita. Oleh kerana itulah ianya relevan.

Rakyat melihat, malah dunia turut melihat bagaimana DSN dianiaya dalam kes mahkamah beliau.  Banyak tangan ghaib dalam konspirasi jahat ini. Sudah sampai masanya dalang-dalang tersebut dibawa ke muka pengadilan. Allahuakbar!


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *