Tak perlu subsidi beras – Ameer Mydin

Tak perlu subsidi beras – Ameer Mydin

Kerajaan tidak perlu memperkenalkan subsidi beras sebagai kaedah mengawal harga beras, kata ahli perniagaan terkenal, Ameer Ali Mydin.

Pengarah urusan Mydin itu berkata, Malaysia mempunyai mekanisme sedemikian dengan kawalan harga ke atas beras tempatan SST (5% hancur) RM26 bagi pek 10kg.



“Jadi, saya fikir kita tidak patut hilang fokus dengan subsidi lain yang akan menyebabkan kerajaan membelajakan lebih banyak wang,” katanya.

“Isunya sekarang bukan harga beras tempatan, tetapi bekalan beras tempatan kerana nampaknya ia tiada di rak semua pasar raya besar, pasar raya dan kedai serbaneka.”

Jika sebarang bentuk subsidi difikirkan perlu, beliau mencadangkan sokongan buat pengeluar beras tempatan untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran dan keuntungan mereka.

Ameer mengulas cadangan Ismail Awang, presiden Persatuan Beras Bumiputera untuk subsidi diperkenalkan bagi mengawal harga beras.



Ismail dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata, sebahagian keuntungan Petronas perlu diperuntukkan untuk subsidi beras, berjumlah kira-kira RM800 juta setahun.

Pengimport beras negara, Bernas baru-baru ini mengumumkan harga beras putih import akan dinaikkan sebanyak 36%.

Cadangan Ismail itu disambut baik pensyarah Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School sebagai penyelesaian jangka pendek untuk menstabilkan harga.

Ahmed Razman Abdul Latiff.
Tetapi, beliau bimbang dengan beban fiskal jangka panjang dan kesannya terhadap inovasi oleh pengeluar beras.



Beliau turut mengingatkan kerajaan tidak mengalihkan dana daripada Petronas untuk subsidi beras kerana syarikat minyak dan gas itu adalah aset berharga negara.

“Jika kita membenarkan pendapatan Petronas disalurkan untuk subsidi beras, kita perlu memastikan ia tidak akan menghalang pengembangan dan kemampanan modal Petronas,” kata pakar ekonomi itu.

Beliau mencadangkan sistem baucar untuk isi rumah terjejas akibat kenaikan harga beras, di mana mereka boleh menggunakan baucar bagi mendapatkan beras dari peruncit.

“Peruncit akan mengumpul baucar beras ini untuk dikreditkan terhadap cukai pendapatan mereka. Dengan cara ini, kerajaan tidak perlu mencari wang untuk memberi subsidi.” FMT



Tak perlu subsidi beras – Ameer Mydin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker