Lebih 20 tahun perjuangan ‘Reformasi Anwar’ hanya buang masa dan tenaga

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, menyifatkan reformasi yang diperjuangkan lebih 20 tahun lalu sebagai membuang masa dan tenaga.

Tuan Ibrahim mendakwa, hal itu kerana reformasi yang diperjuangkan selama ini bukan reformasi kepada negara sebaliknya hanyalah kepentingan peribadi pihak tertentu.

“Berapa ramai rakyat yang beri undi tiba-tiba mereka dibohong oleh pemimpin yang berjanji kepada rakyat.

“Kami ini terlibat dalam waktu reformasi, berapa ramai yang kena gas pemedih mata, berapa ramai yang kena tangkap? Berapa ramai kita berhimpun, habis masa dan tenaga?

“Yakin, bahawa kita perlukan satu reformasi negara kita. Tetapi kita mula melihat bukan reformasi negara yang dibawa tapi agenda peribadi hingga membelakangkan aspek-aspek yang sepatutnya tidak dilanggari oleh pemimpin,” katanya ketika berucap dalam ceramah Grand Finale PN Simpang Jeram di Muar malam tadi.

Hadir sama menteri besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, Pengerusi PN Selangor, Mohamed Azmin Ali, bekas ahli parlimen Ketereh Annuar Musa, Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Hussin serta Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis.

Dakwa Tuan Ibrahim, perjuangan tersebut itu kini hanyalah untuk dua kepentingan pemimpin negara sedia ada hari ini.

“Bila bertembung dua kepentingan, kepentingan orang nak jadi perdana menteri mati-matian sanggup buat apa saja demi mendapatkan jawatan.

“Bertembung dengan orang yang ada kes peribadi yang sanggup bersekongkol apa sahaja supaya pastikan tindakan atau kesalahannya, tuduhannya dapat dibebaskan,” katanya tanpa memetik nama mana-mana pihak.

Bagaimanapun kenyataan itu jelas merujuk kepada keputusan kes mahkamah melibatkan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, yang dilepas tanpa dibebaskan mahkamah apabila pihak pendakwaan menghantikan prosiding yang sedang berjalan.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan pelbagai persoalan dan kritikan hingga ada yang mempersoalkan kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan juga seorang reformis.

Tuan Ibrahim berkata dia tidak pelik apabila keluar keputusan pendakwaan tidak meneruskan dakwaan terhadap kes presiden Umno berkenaan.

Dia juga mendakwa langkah diambil pemimpin Umno sudah lama dirancang termasuklah tindakan parti itu memecat beberapa tokoh kanan mereka.

“Di Perlis, Shahidan Kassim dibuang, Noh Omar dibuang. Kita rasa pelik… kenapa? Sebab Umno tak boleh menang lebih daripada PH, barulah Anwar akan jadi perdana menteri.

“Kalau PN menang besar, yang akan jadi perdana menteri adalah Datuk Seri Ismail Sabri,” dakwa Tuan Ibrahim.

Sebab itu, kata Tuan Ibrahim, orang ramai diminta jangan percaya kepada tindakan DAP yang dilihat dengan tegas menuntut penjelasan daripada Peguam Negara Idris Harun berhubung kes Ahmad Zahid.

Hal itu kerana, dakwa Tuan Ibrahim, ketika ketetapan menghentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid itu dibuat ketika Idrus sudah bercuti sebelum bersara.

“Siapa nak buat kenyataan? Peguam negara yang ada (sedang) bercuti, peguam negara yang baru belum dilantik. Jadi, ketika kejadian siapa punya arahan?” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil

Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker