Suami tikam kekasih gelap isteri sedang berasmara di rumah mentua

Suami tikam kekasih gelap isteri sedang berasmara di rumah mentua

JAKARTA – Seorang suami di Kota Parepare, wilayah Sulawesi Selatan menikam kekasih gelap isterinya ketika menangkap mereka sedang memadu asmara di rumah ibu mentuanya, lapor laman berita TV One News hari ini.

Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Parepare, Asisten Komisioner Polis Salehuddin, suspek yang dikenali sebagai H, singgah di rumah mentuanya sebelum pergi bekerja pada pukul 5 pagi (waktu tempatan).

“Ketika suspek mahu pergi ke pasar untuk bekerja, dia singgah sebentar di rumah mentuanya bagi mengambil wang.

“Ketika itu, dia melihat isterinya, M, sedang tidur bersama mangsa, B. Dia lantas menikam mangsa menggunakan senjata tajam.

“Mangsa dikejarkan ke hospital kerana mengalami luka akibat tikaman di dada dan jari,” kata Salehudin.

Suspek ditahan atas dakwaan menyerang menggunakan senjata tajam dan dalam masa sama, dia turut membuat laporan polis ke atas isterinya dan mangsa berhubung dakwaan bersekedudukan dan berkelakuan curang. K Online

Suami tikam kekasih gelap isteri sedang berasmara di rumah mentua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam

Guru skandal dengan ibu murid sendiri

Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)

Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker