Skim insurans Selangor, Hamzah tuntut penjelasan Anwar

Perikatan Nasional menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim selaku menteri kewangan menjelaskan kontroversi sekitar Skim Insurans Am Selangor (Insan).

Setiausaha Agung Hamzah Zainudin dalam kenyataan berkata Anwar perlu menjelaskan isu tatakelola iaitu mendaftarkan pengguna dalam sesuatu perkhidmatan kewangan tanpa pengetahuan dan kebenaran penama, di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan.

Selepas sebulan isu ini muncul, Hamzah berkata apakah isu tatakelola ini “boleh didiamkan begitu saja.”



Sebelum ini, Menteri Besar Amirudin Shari berkata pendaftaran secara automatik bagi Insan dibuat secara pra-pendaftaran dan memerlukan beberapa proses pengesahan jika sekiranya seseorang individu bersetuju dengan polisi insurans tersebut.

Beliau juga berkata kerajaan negeri berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengumpulkan data bagi pra-pendaftaran, dan dimaklumkan bahawa data melibatkan daftar pemilih merupakan data awam yang boleh dibeli.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil juga memaklumkan bahawa Jabatan Perlindungan Data Peribadi sedang menyiasat dakwaan berkait data pengundi diperoleh daripada SPR bagi kegunaan pelaksanaan polisi Insan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker