Melampau mandikan bayi dengan air mineral

Melampau mandikan bayi dengan air mineral

Hantaran dimuat naik ahli perniagaan terkenal Ericya Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu mengenai bayinya, Ahmad Kayden dimandikan dengan air mineral mencuri perhatian warganet.

Menerusi hantaran itu, Madammu berkata suaminya, Muhammad Azri Che Noh atau dikenali sebagai TP sanggup membeli air mineral kerana tidak mahu bayi mereka mandi dengan air paip ketika berada di kampungnya, Besut, Terengganu.

Madammu berkata suaminya seorang bapa penyayang dan manjakan anak mereka.

“Ini bukan kerja Mummy. Ini kerana papa. Kayden balik kampung, tak bagi mandi air paip, air mineral dia beli.

“Over kan papa dia. Mummy dulu mandi air telaga saja. Awak semua kecam sikit TP. Tapi begitulah kasih seorang bapa yang orang jarang nampak,” tulisnya.

Menerusi hantaran sama, Madammu turut membalas komen warganet yang mana tindakan suaminya itu kerana air tangki warna kuning setibanya mereka di kampung.

“Yang ini betul-betul TP punya kerja sebab dia yang nampak warna air dalam tangki.

“Air tangki kuning waktu Madammu baru sampai di kampung,” tulisnya.

Hantaran yang dikongsikan itu mencecah lebih 950,000 tontonan, lebih 19,000 tanda suka dan 1,500 komen. HM

Melampau mandikan bayi dengan air mineral

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker