Cari rebung, jumpa bom mortar

OBJEK dipercayai bom mortar yang ditemui seorang wanita di Taman Tanjung Minyak, Melaka.

Hasrat seorang wanita mencari rebung untuk dijadikan juadah sempena hari jadi ibunya terbantut apabila terjumpa sebutir bom mortar, di kawasan berhampiran rumah ahli keluarganya di Taman Tanjung Minyak, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, maklumat berkenaan penemuan objek itu telah diterima pada pukul 3.15 petang menerusi laporan yang dibuat kepada Balai Polis Tanjung Minyak.

“Hasil siasatan, wanita berkenaan yang berusia 32 tahun memberitahu, dia datang ke rumah adiknya di situ untuk bercuti dan menggunakan kawasan luar rumah untuk memasak juadah bagi menyambut ulang tahun kelahiran ibunya.

“Pada pukul 3.05 petang dia telah pergi mencari rebung di kawasan semak di tepi rumah untuk dijadikan bahan masakan, namun telah menjumpai objek yang menyerupai bom dan menghubungi Balai Polis Tanjung Minyak untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan, di sini hari ini.



Mengulas lanjut beliau berkata, pemeriksaan polis di lokasi menjumpai bom tersebut di bawah kabel pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang berada kira-kira 30 meter dari jarak kediaman rumah saksi.

“Pada pukul 5.30 petang, pegawai dan anggota persenjataan telah sampai di tempat lokasi serta menjalankan pencarian menyeluruh di sekitar kawasan, namun mendapati tiada sebarang objek lain yang mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati objek yang dilaporkan adalah sebutir bom jenis mortar 60 milimeter (mm) dalam keadaan berkarat serta dipercayai telah dilancarkan,” ujarnya.

Jelasnya, ukuran panjang objek adalah 30 sentimeter (cm), ukurlilit 20 cm dan diameter 60 mm.



Christopher berkata, objek berkenaan disahkan tidak mengandungi bahan letupan dan telah dibawa balik ke pengkalan untuk tindakan lanjut susulan kawasan tersebut tidak sesuai untuk melupuskan barang kes.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker