Sambutan Hari Kebangsaan: MRT Putrajaya sesak, rakyat teruja tonton perarakan

Orang ramai mula membanjiri Stesen Putrajaya Sentral seawal pukul 4 pagi tadi bagi meraikan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya

PUTRAJAYA – Stesen Putrajaya Sentral yang menghubungkan sistem Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya kini dilaporkan mulai sesak dengan kehadiran ribuan rakyat yang mahu meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! seawal pukul 5.30 pagi tadi, rata-rata rakyat yang tinggal di Lembah Klang memilih MRT sebagai pengangkutan utama bagi ke Putrajaya berikutan mahu mengelakkan kesesakan.

Pemilihan mod pengangkutan itu juga dilihat sebagai tepat ekoran sebanyak 22 jalan ditutup di sekitar Putrajaya bagi memudahkan kelancaran sambutan Hari Kebangsaan 2023.

Terdahulu, semua operasi rel merangkumi tren Transit Aliran Ringan (LRT), MRT dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada hari ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.



Rapid KL dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 50 bas perantara percuma turut disediakan dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya yang turut akan beroperasi bermula 4 pagi.

Selain itu, tiga perkhidmatan bas perantara percuma merangkumi laluan MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya, Kompleks Nasyrul Quran Presint 14 dan Marina Putrajaya juga disediakan.

Bertemakan ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, sambutan berkenaan yang bertaraf nasional dan berskala besar dijangka menerima pengunjung menjangkau 100,000 orang. – KOSMO! ONLINE



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker