Heliza Helmi kongsi detik cemas gempa bumi di Indonesia

Heliza Helmi kongsi detik cemas gempa bumi di Indonesia

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi yang ketika ini berada di Indonesia berkongsi detik cemas apabila berlaku gempa bumi di Kalimatan Selatan, Indonesia, awal pagi tadi.

Kongsi Heliza, dia ketika itu sedang tidur tiba-tiba terjaga berikutan hotel penginapannya mengalami gegaran kuat sehingga pintu bilik bergoyang.



“Saya tiba-tiba tersedar dari lena sebab daripada penginapan yang kami menginap bergoyang kuat. Mula mula saya ‘blur’ apa yang sedang berlaku.

“Tapi hotel bergoyang-goyang ke kiri ke kanan, dan gegaran itu agak lama sampai pintu-pintu semua berbunyi!” kongsi penyanyi itu di Instagramnya.

Tidak berkongsi butiran tepat lokai penginapannya, Heliza berkata, dia terus menghubungi pihak hotel dan dimaklumkan berlaku gempa bumi di kawasan tersebut.

“Benda pertama terus capai apa jubah semua untuk tutup aurat dengan sempurna sebab tak tahu apa berlaku.



“Selepas itu, hubungi hotel (untuk) tanya. Mereka beritahu ada gempa bumi! Selepas beberapa minit buat carian di internet, sahih gempa bumi,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada usahawan jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman itu meminta orang ramai turut mendoakan keadaan di sana kembali seperti sedia kala.

“Doakan semuanya selamat di sini. Setakat ni alhamdulillah,” katanya yang ditemani suaminya.

Selain kesan gegaran Kalimantan Selatan, Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean Seismological Centre (EMSC) melaporkan gempa bumi kuat berukuran 7 pada skala Richter melanda kawasan laut dalam ke utara pulau Bali dan Lombok.



Pusat gegaran ialah 203 kilometer (km) ke utara Mataram, Indonesia, dan sangat dalam iaitu 516km di bawah permukaan bumi namun Badan Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) menyatakan tiada laporan kerosakan diterima setakat ini. Utusan

Heliza Helmi kongsi detik cemas gempa bumi di Indonesia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Rita Rudaini dah nikah?

Puteri Sarah mahu saman, ini teguran Yusof Haslam



DSV jangan takbur sangat

Guru benarkan pelajar Hindu pukul pelajar Islam di India



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker