Patutlah hang lari

Patutlah hang lari

Kangar: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 150 ketulan mampat disyaki ganja bernilai lebih setengah juta ringgit yang ditemukan di dalam bot gentian kaca di tepi muara Sungai Perlis di Kuala Perlis, di sini, 16 Ogos lalu.

Dadah itu ditemukan sepasukan anggota Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis yang melakukan rondaan berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand di Kuala Perlis, 7.50 pagi.



Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata, anggota kastam bertugas yang melakukan rondaan menerima maklumat berhubung kemasukan bot itu dari negara jiran ke perairan negara ini.

“Gerak geri yang mencurigakan lelaki yang mengendalikan bot berkenaan menyebabkan anggota kita mengekori sampan berkenaan sehingga memasuki muara Sungai Perlis di Kuala Perlis.

“Hampir 30 minit membuat pemerhatian, lelaki itu memecut dan menghentikan botnya itu berdekatan sebuah jeti nelayan berhampiran Kampung Bahagia, Kuala Perlis sebelum menghilangkan diri,” katanya ketika ditemui di pejabat JKDM Cawangan Penguatkuasaan/Marin Kuala Perlis, di sini hari ini.

Katanya, pemeriksaan ke atas sampan tanpa nombor pendaftaran itu menemukan 150 ketulan mampat yang disyaki ganja dengan anggaran berat sebanyak 150 kilogram.



“Nilai rampasan ganja itu dianggarkan berjumlah RM649,300 manakala anggaran nilai sampan berkenaan termasuk sebuah enjin sangkut yang disita itu adalah sekitar RM40,000,” katanya.

Katanya, Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Patutlah hang lari

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Azhar Idrus hentam Abang Tesla

Jangan jolok sarang tebuan – Puteri Sarah



Termuntah tengok video Abang Tesla – Ridhuan Tee

Diana Danielle jawab isu ‘buat’ hidung



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker