Bonnie pecah rekod dunia lagi

Bonnie pecah rekod dunia lagi

Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Bonnie Bunyau Gustin bukan sahaja gah mempertahan kejuaraan Powerlifting Dunia, malah memecah rekod dunia acara 72 kilogram (kg) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Bonnie, 24, melakukan angkatan 231kg, jauh meninggalkan pencabar lain untuk mendominasi kategori bawah 72kg.



Pingat perak milik peserta Itali, Donato Telesca yang melakukan angkatan sebanyak 203kg, sementara peserta Uzbekistan, Bekzod Jamilov meraih pingat gangsa dengan angkatan sebanyak 200kg.

Lebih manis, dia berjaya memperbaharui rekod dunia miliknya sebelum ini iaitu 230kg yang dilakar ketika Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai pada Jun 2021.

Ini gelaran juara dunianya yang ketiga selepas menang buat kali pertama pada 2019 di Kazakhstan dalam acara bawah 65kg, disusuli 2021 di Georgia yang menyaksikan dia beralih ke kategori bawah 72kg.

“Saya gembira apabila dapat mengekalkan status sebagai juara dunia dan lebih baik lagi apabila mencipta rekod dunia baharu di kejohanan ini,” jelas Bonnie. Utusan



Bonnie pecah rekod dunia lagi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah



Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung



Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker