Kenapa bila kalah baru bersuara – penganalisis

Kenapa bila kalah baru bersuara – penganalisis

Pemuda Umno sepatutnya lebih aktif menjelang PRN baru-baru ini, kata seorang penganalisis selepas sayap itu menggesa perubahan dalam parti susulan prestasi buruk dalam pilihan raya itu.

Penganalisis Sosiopolitik, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, berkata Pemuda Umno bersikap pasif semasa kempen dan “sepatutnya lebih aktif” dan tidak bersuara hanya apabila parti itu mengalami kekalahan.



Umno hanya menang 19 daripada 108 kerusi di enam negeri ditandinginya pada 12 Ogos lalu.

Awang Azman mendakwa, jentera bahagian parti tidak mendekati pengundi manakala beberapa pemimpin parti yang sebelum ini memegang jawatan hanya berkempen separuh hati.

“Sekarang apabila mereka tidak mempunyai kuasa lagi, mereka nampaknya tidak banyak membantu parti. Tetapi apabila parti kalah, merekalah yang pertama menekan kepimpinan dengan pelbagai tuntutan,” katanya.

Minggu lalu, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Salleh menggesa kepimpinan parti itu “membuat perubahan” atau berisiko “dikuburkan” berikutan kekalahan teruk parti itu pada PRN baru-baru ini.



“Jika kita terus lena dibuai mimpi, satu hari nanti pasti Umno dikuburkan. Kita takkan benarkan benda itu terjadi,” katanya pada perhimpunan khas anjuran sayap itu 17 Ogos lalu.

Walaupun Akmal tidak memperincikan perubahan yang dimaksudkan, beberapa ahli menggesa Presiden Umno Zahid Hamidi berundur daripada jawatannya.

Jeniri Amir, felo kanan Majlis Profesor Negara, bersetuju perubahan perlu dalam Umno, dan keputusan pilihan raya adalah “amaran terakhir” kepada parti.

Umno gagal menarik pengundi Melayu, walaupun mereka sepatutnya memperjuangkan orang Melayu, katanya.



Jeniri berkata, Umno memerlukan pemimpin baharu untuk mengambil alih, pemimpin yang komited untuk mereformasi parti dan meletakkannya kembali di landasan betul.

Beliau berkata, orang Melayu muda mahu melihat pemimpin baharu menerajui. Bagaimanapun, Jeniri berkata beliau tidak percaya Zahid akan memberi laluan kepada pemimpin muda.

“Perubahan kepimpinan diperlukan di semua peringkat. Tetapi adakah mereka sanggup berbuat demikian?” katanya.

Jeniri berkata, Zahid dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim memerlukan antara satu sama lain dalam perkongsian politik mereka bagi memastikan wujudnya kestabilan dalam kerajaan perpaduan. FMT



Kenapa bila kalah baru bersuara – penganalisis

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker