Sabah dan Sarawak jadi kelas kedua jika pindaan diluluskan

BANYAK perkara dalam rang undang-undang yang diben-tangkan semalam untuk meminda Perlembagaan Persekutuan tidak selari dengan Perjanjian Malaysia 1963, Suruhanjaya Cobbold dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan, kata ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Malah tegasnya semua Ahli Parlimen GPS tidak diberi masa untuk berbincang mengenai cada-ngan pindaan perlembagaan itu.

“Rang undang-undang itu hanya ditunjukkan di dalam dewan pagi semalam dan Speaker me-nyatakan ia sudah diberikan sejak tengah malam hari Rabu … pada masa itu, tidak ada orang duduk dalam dewan.“

Jadi isunya sekarang, dalam pindaan perlembagaan itu langsung tidak ada ruang untuk Sarawak dan Sabah,” ujarnya keti-ka dihubungi Suara Sarawak di sini, semalam.



Menurut Wan Junaidi, sekiranya rang undang-undang itu diluluskan, Sarawak akan menjadi kelas kedua, tiada layanan istimewa dan bukan rakan sekutu seperti yang sepatutnya. Beliau menambah, apa yang dinyatakan dalam rang undang-undang itu berlainan dengan apa yang berlaku pada tahun 1976, sebelum pindaan yang pertama dilaksanakan.

“Yang kita mahu sebelum rang undang-undang ini dibentang di Dewan Rakyat, kita mahu perund-ingan di peringkat Jawatankuasa Pemandu Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimuktamadkan.

Bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu menambah, sebelum pindaan perlembagaan dibawa ke Dewan Rakyat, ia perlu dirujuk ke Dun Sarawak dan Sabah terlebih dahulu dan dipersetujui oleh kedua-dua kerajaan kerana perlembagaan itu turut terikat dengan undang-undang lain.

SarawakVoice
UnReportedNews



Related Articles

One Comment

  1. ini semua kehendak bangsa dap, mereka bangsa makan babi…babi suka menyondol atau bulldoze…icerd dibuat secara menyondol(bulldoze), statute rome juga dibuat secara menyondol tanpa berbincang dengan Raja2 Melayu & terkini pindaan perlembagaan persekutuan yang kononnya untuk melaksana MA63 bagi Sabah & Sarawak juga dibuat secara menyondol tanpa perbincangan terlebih dahulu padahal rundingan peringkat Jawatankuasa Pemandu Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan seorang atok berusia 94 tahun belum lagi selesai atau dimuktamadkan

    inilah akibatnya apabila kerajaan yang ada sekarang dikuasai/didominasi bangsa makan babi(dap), disebabkan ini mamak kutty madey terpaksa ikut dap berperangai serupa babi yang suka menyondol…harap apa berlaku bukan disebabkan madey makan babi sejak berkawan dengan dap tapi sebab madey cuma kena ikut menyondol tu je sebab nak jaga hati dap semata-mata

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker