Harga makanan melambung 30.8 peratus

Harga makanan di Sepanyol naik sehingga 30.8 peratus  Julai lalu berbanding bulan sama pada 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda dunia, demikian menurut akhbar El Mundo seperti laporan laman berita RT semalam.

Laporan memetik data terkini firma analisis Funcas itu melaporkan, kebanyakan harga barang merekodkan peningkatan hargalebih dua kali ganda sepanjang tempoh tersebut.

Antara produk yang mencatatkan kenaikan harga paling tinggi dalam tempoh setahun ialah gula (44.2 peratus), kentang (38.8 peratus), beras (22 peratus), buah-buahan dalam tin (19.4 peratus) dan kek serta gula-gula(18.2 peratus).

Susu turut meningkat sebanyak 17.6 peratus diikuti  daging babi (15.8 peratus), telur (12.8 peratus) dan buah-buahan segar (11.6 peratus) dalam tempoh sama, demikian  menurut data tersebut.

Minyak zaitun pula melonjak 115 peratus dari tahun ke tahun sekali gus menandakan  kenaikan harga tertinggi pernah berlaku.

Inflasi makanan Sepanyol didorong beberapa faktor seperti harga tenaga, bahan api dan baja yang melambung tinggi,  manakala bekalan komoditi tertentu mengecil di pasaran global, kata Funcas.

Kemarau berpanjangan yang dialami Sepanyol sejak musim panas lalu turut menyumbang kepada kenaikan harga makanan. – AGENSI

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker