Speaker sahkan Exco Pahang dalam pesawat terhempas
Exco Pahang Johari Harun dikatakan berada dalam pesawat terbang ringan yang terhempas di Bandar Elmina dekat Shah Alam petang ini.
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Mohd Sharkar Shamsudin antara yang mengumumkan perkara itu dan mengucapkan takziah.
“Berita yang menyedihkan, YB Datuk Seri Johari Harun, exco kerajaan negeri Pahang, ketua Umno bahagian Bentong dan Adun Pelangai telah kembali ke rahmatullah, terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat. Al Fatihah,” tulisnya di media sosial.
Selain Sharkar, pemimpin DAP Pahang Young Syefura Othman juga membuat ucapan sama di media sosial.
“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini.
“Baru sahaja dua hari lepas, saya bersama allahyarham Datuk Seri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak,” katanya.
Beberapa media turut melaporkan kematian exco negeri itu tetapi tidak menyebut nama.
Pihak berkuasa setakat ini belum mendedahkan jumlah dan identiti mangsa insiden itu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Isu Ambalat, Wisma Putra disaran beri taklimat, penjelasan kepada semua ADUN Sabah
- Pelakon didakwa pernah terlibat hubungan sejenis dengan rakan
- Macam mana pikat Melayu?
- Kenyataan rakan viral jadi kecaman! Usah samakan isteri dengan ‘orang gaji’
- Wanita temui cacing dalam bungkusan salmon di pasar raya
- Nama calon telah dihantar kepada istana, Sultan Selangor akan putuskan siapa MB Selangor
- Tak dilantik, ini komen Reezal Merican
- Wee tengok konsert dengan bekas kekasih waktu kira undi
- Generasi muda Indonesia dilarang tonton Upin & Ipin, kenapa pulak?
- Aziz masih keluar makan bersama dengan Puteri Lily walau sudah bercerai
- Nik Amar komen perlantikan baru MB Kelantan
- Masya Masyitah kena serang dengan netizen, apa pulak kali ni?
- Bayar duit saya – Nasha Aziz
- Didie Alias buka mulut mengenai buka aib Enot
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Diana Danielle dapat pengganti?
You must be logged in to post a comment.