Siapa lebih bernafsu dan berakal antara lelaki dan wanita?

Siapa lebih bernafsu dan berakal antara lelaki dan wanita?

Setiap kejadian Allah pada diri manusia adalah baik, tiada yang sia-sia. Nafsu dan akal ada peranannya. Akal sebagai alat untuk memahami, memikir, menilai, membezakan, mengambil pengajaran.

Orang yang menggunakan akal dikenali sebagai orang berakal, orang yang pandai, orang yang cerdik, orang pintar dan lain-lain. Orang yang berakal dan menggunakannya akan terlepas dari sifat kejahilan dan kebodohan. Kejahilan dan kebodohan adalah satu kehinaan. Allah menegaskan dalam surah al-Zumar: 9,



“Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya hanya orang yang berfikir akan mengambil peringatan.”

Manakala nafsu pula amat penting untuk meneruskan kesinambungan dan keseimbangan kehidupan manusia, tanpa nafsu manusia tiada selera makan, tanpa nafsu, lelaki tidak berminat kepada perempuan atau sebaliknya, tanpa nafsu, manusia tiada dorongan untuk bekerja dan berusaha, tanpa nafsu tiada keinginan untuk maju dan cemerlang, tiada nafsu bererti tiada daya saing.

Ringkasnya tugas khilafah manusia di bumi ini tidak dapat dilaksanakan tanpa nafsu. Sebab itulah Rasulullah s.a.w menegaskan dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Tabari iaitu:

“Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan maka Allah memberikan kefahaman agama.”



Ilmu dan kefahaman perlu dicari, tanpa keinginan untuk menuntut ilmu, pastinya ilmu dan kefahaman agama tidak dapat diperoleh dan kebaikan tidak dapat di kecapi.

Nafsu mempunyai beberapa peringkat. Pandangan ulama’ berkaitan peringkat atau jenis nafsu juga berbeza, ada yang berpendapat nafsu ada beberapa jenis dan ada yang berpendapat nafsu hanya satu tetapi mempunyai beberapa sifat.

Nafsu apabila dilihat dari sudut sifatnya, di dalam al-Quran jelas di sebut ada tiga iaitu nafsu ammarah nafsu yang sering mendorong melakukan dosa dan keburukan, nafsu mutmainnah, nafsu yang tenang sentiasa taat dan tunduk kepada Allah dan nafsu lawwama, nafsu yang mencela diri apabila terlanjur melakukan dosa lalu kembali kepada Allah.

Terdapat juga beberapa sifat lain boleh difaham dari ayat-ayat al-Quran antaranya nafsu mulhamah nafsu yang baik tetapi memerlukan kesabaran dan ketabahan dalam bermujahadah serta sentiasa bersyukur. Nafsu radhiah, nafsu yang redha dengan Allah, nafsu mardhiyyah, nafsu yang sentiasa mendapat keredhaan Allah, nafsu kamilah, nafsu yang sempurna dengan sifat-sifat kebaikan.



Ada baik dan buruknya

Bagi mereka yang sering bertelagah membezakan antara lelaki dan wanita siapa mempunyai banyak kelebihan, sebenarnya perbezaan antara lelaki dan wanita dalam beberapa perkara bukan bertujuan untuk melebihkan lelaki atau perempuan atau sebaliknya, tetapi ada hikmah di sebalik kejadiannya kerana Allah yang menjadi manusia, dan perbezaan yang ditetapkan oleh Allah pasti ada kebaikannya.

Kebaikan dan keburukan lelaki atau wanita bukan disebabkan nafsu atau akal, tetapi bagaimana manusia menggunakan nafsu dan akal dalam kehidupan mereka. Keperluan berganda dalam penyaksian perempuan adalah faktor kebiasaannya wanita kurang terlibat dalam urusan di luar rumah di samping sifat kewanitaan yang lemah lembut dan beremosi memerlukan sokongan dari pihak lain.

Namun dalam kes-kes tertentu melibat kewanitaan, sebahagian ulama berpandangan memadai dengan dua orang perempuan. Ada pula pandangan ulama yang tidak mengharuskan perempuan menjadi hakim kerana kebiasaan tugas kehakiman amat berat dan tidak sesuai dengan sifat kelembutan perempuan, namun ada pandangan ulama’ yang mengharuskan lebih-lebih lagi dalam sistem perundangan dan kehakiman hari ini yang tidak membebankan kepada hakim sama ada lelaki atau perempuan.



Allah menjadikan perempuan dari tulang rusuk lelaki. Lelaki dan perempuan saling memerlukan di antara satu sama lain. Perbezaan yang ada bukanlah untuk dipertandingkan atau dibandingkan atau untuk diubah supaya sama, tetapi kelebihan dan kekurangan ialah supaya saling melengkapi antara satu sama lain, supaya lelaki dan perempuan bekerjasama dalam kerangka yang ditetapkan oleh syariat Islam dalam usaha mencari kejayaan dan kebahagiaan yang hakiki di dunia dan akhirat.

Dalam surah al-Baqarah: 187, Allah menegaskan bahawa

“Kamu (lelaki) adalah pakaian mereka (perempuan) dan mereka adalah pakaian kamu (lelaki).”

Ini memberi gambaran lelaki dan perempuan seolah-olah satu kesempurnaan apabila mereka bergabung dan bekerjasama sesuai dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.



Akal dan Nafsu adalah dua perkara maknawi yang ada pada manusia. Dijadikan oleh Allah pada manusia sebagai keperluan dalam hidup mereka untuk menjadi yang terbaik. Keduanya-duanya tidak disifatkan dengan baik atau sebaliknya kecuali setelah manusia yang mengawalnya menggunakannya.

Sekiranya nafsu dan akal digunakan untuk perkara yang baik atas bimbingan iman dan takwa iaitu nafsu mutmainnah dan lawwamah yang membawa kebaikan kepada pemiliknya. Sebaliknya sekiranya nafsu dan akal digunakan oleh manusia untuk melakukan dosa dan maksiat itulah yang dinamakan nafsu ammarah dan akal yang rosak.

Nafsu secara zatnya tiada sifat buruk atau baik, tetapi apabila pada manusia maka ia kan menjadi buruk sebab perbuatan manusia begitulah sebaliknya. Justeru Allah menegaskan dalam surah al-Sham: 7

“Maka Kami ilhamkan nafsu yang jahat dan nafsu yang bertakwa”.



Dengan adanya akal itulah yang mengimbangi dan menentukan arah mana itu dibawa sama ada nafsu jahat ataupun nafsu takwa. Wallahu a’lam. Utv

Siapa lebih bernafsu dan berakal antara lelaki dan wanita?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker