Agong turun ke lokasi nahas pesawat mengorbankan EXCO Pahang

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli meninjau lokasi kejadian pesawat ringan yang terhempas berdekatan Bandar Elmina dekat Shah ALam, hari ini.

Al-Sultan Abdullah tiba sekitar 5.40 petang dan diberi taklimat oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengenai nahas berkenaan di pusat operasi di lokasi kejadian.

Turut hadir Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail.





Seri Paduka Baginda turut berkenan berbual dengan keluarga mangsa untuk menenangkan mereka.

Terdahulu, Hussein mengesahkan 10 individu maut dengan lapan daripadanya merupakan penumpang dan kru pesawat.

Dua daripada mangsa adalah orang awam yang masing-masing menaiki sebuah kereta dan sebuah motosikal yang melalui kawasan itu ketika pesawat berkenaan terhempas.

– Bernama



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam



Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff



Diana Danielle dapat pengganti?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker