Tak dilantik, ini komen Reezal Merican

Tak dilantik, ini komen Reezal Merican

Meski dispekulasi akan dilantik sebagai timbalan ketua menteri Pulau Pinang dan exco Pulau Pinang, Adun Bertam dari Umno Reezal Merican Naina Merican tidak berkecil hati dengan keputusan hari ini.

“Tak, tak (kecil hati),” katanya apabila ditanya sama ada dia berkecil hati kerana namanya tiada dalam barisan kepimpinan baru itu.

“Saya pernah jadi menteri, timbalan menteri sebelum ini.

“Ada masa apabila seseorang itu diberi tanggungjawab, sama seperti sokongan yang kita perlukan sebelum ini (menggalas jawatan), samalah, kita pun kena sokong orang itu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu turut menekankan sebagai ‘orang parti,’ dia patuh dengan arahan parti.

Malah katanya, barisan kepimpinan baru kerajaan negeri itu dilihat sebagai gabungan positif, yang merangkumi pemimpin muda dan berpengalaman.

Terdahulu, Adun Datok Keramat Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai timbalan ketua menteri (TKM) II Pulau Pinang, bergandingan dengan TKM I Mohamad Abdul Hamid daripada PKR.

Sebelum ini timbul spekulasi Reezal akan dilantik untuk ke jawatan tersebut.

Wakil BN untuk Sungai Acheh Zinol dilantik sebagai exco perdagangan dan pembangunan keusahawanan dan luar bandar.

Ditanya tentang kemungkinan rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi Umno Pulau Pinang, bekas timbalan menteri luar negeri itu menolak tanggapan sedemikian.

“Tak ada, sebab kalau nak ada masalah, bergantung kepada pemimpin.

“Kalau pemimpin tu tidak mengapi-apikan, tentulah tak ada apa. Soal harapan penyokong-penyokong itu satu perkara yang biasa,” katanya.

Tambahnya, sebagai sebahagian daripada Adun penyokong kerajaan, dia akan membantu kerajaan negeri dalam Dewan Undangan Negeri.

“Jadi saya sanggup mainkan peranan penyokong kerajaan yang aktif dan kuat untuk kerajaan.

“Saya OK.

“Dan bagi saya, saya ‘orang parti’,” katanya. Mk

Tak dilantik, ini komen Reezal Merican

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker