Nik Amar komen perlantikan baru MB Kelantan

Bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yakin saf kepimpinan baharu kerajaan negeri yang baharu dibawah pimpinan Menteri Besar Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mampu membawa bumi serambi Mekah ke arah lebih cerah.

Mohd. Amar berkata, walaupun amanah yang telah diletakkan di bahu kawan-kawannya itu adalah tanggungjawab yang berat, namun beliau yakin mereka semua dapat menjalankannya dengan penuh keikhlasan dan keadilan.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi peluang kepada kawan-kawan saya yang baru menerajui negeri Kelantan.

“Saya bersyukur kerana diberi kesempatan untuk melihat perubahan positif dan kemajuan yang akan dibawa,” katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi laman sosial Facebook miliknya sebentar tadi.

Naib Presiden Pas itu turut mendoakan semoga Allah memberkati dan membimbing mereka semua menjalankan tugas dan tanggungjawab itu dengan penuh integriti serta kejujuran.

Terdahulu, Nassuruddin yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan ke-19 bagi penggal ke-15 hari ini.

Sementara itu, ADUN Temangan, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan turut mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar, sekali gus melengkapkan gandingan tokoh agamawan dan teknokrat untuk dua jawatan tertinggi dalam pentadbiran penggal kali ini.

Mohd. Nassuruddin dan Mohamed Fadzli masing-masing mengangkat sumpah jawatan berkenaan jam 5.30 petang di Istana Negeri, Kubang Kerian, di sini di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Selain itu sembilan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Sultan Kelantan.

Daripada jumlah tersebut, seramai lima muka baharu yang menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu dilantik dalam saf kepimpinan kerajaan negeri kali ini.

Muka baharu itu adalah ADUN Tanjung Mas, Rohani Ibrahim, Mohd. Asri Mat Daud (Demit), Zamakhshari Mohamad (Apam Putra), Hilmi Abdullah (Guchil) dan wakil tunggal dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Datuk Kamaruddin Md. Noor (Air Lanas).

Sementara itu, empat muka lama yang masih lagi dikekalkan untuk sebagai Exco ialah Datuk Md. Anizam Abdul Rahman Kemahang), Datuk Dr. Izani Husin (Kijang), Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail (Selising ) dan Wan Roslan Wan Hamat dan (Pengkalan Kubor)

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Punca penceraian Aziz M Osman

Bakal doktor dicekup melacur

“Ya aku sakit”, Mimi Lana tarik perhatian netizen

Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker