Nama calon telah dihantar kepada istana, Sultan Selangor akan putuskan siapa MB Selangor
Terdapat dakwaan bertentangan berhubung senarai nama calon menteri besar Selangor yang dihantar kepada istana.
Sumber dalaman PH memberitahu Malaysiakini senarai itu mengandungi tiga nama, antaranya menteri besar sementara Amirudin Shari dan Adun Seri Setia Fahmi Ngah yang dilihat dekat dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Sumber yang rapat dengan Anwar pula memberitahu Malaysiakini hanya satu nama yang dihantar namun tidak menyatakan secara jelas identiti nama itu.
Menurut sumber-sumber PH, bekas pegawai Amirudin, Borhan Aman Shah juga ada dalam senarai itu. Borhan kini masuk penggal kedua sebagai Adun Tanjong Sepat.
Mendakwa tiada apa yang tersirat, sumber dalaman berkata tiga nama itu bagi menghormati titah Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk melihat lebih daripada satu calon sebagai menteri besar baru.
Sumber dari DAP Selangor turut mengesahkan tiga nama dihantar dan menambah Amirudin ditekankan sebagai “pilihan pertama PH”.
“DAP Selangor tegas di belakang Amirudin dengan mengambil kira kepimpinannya yang tegas dan lancar sejak lima tahun lalu,” katanya yang enggan dinamakan.
Terdahulu, timbul spekulasi kepimpinan tertinggi PH merancang untuk mencalonkan menteri besar Selangor yang baru walaupun setelah Anwar berkata Amirudin adalah pilihan utama PH sebelum PRN yang lalu.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kenapa serang Zahid sahaja?
- Permohonan injunksi Sulaiman terhadap Raghad ditetapkan 4 September depan
- Kerjasama PH-BN bukan punca utama pengundi pilih PN
- Peguam Negara fail rayuan, tiga tuduhan pengubahan wang haram Muhyiddin kekal
- Minta bantuan wakil rakyat yang dipilih bukan yang kalah
- Kena belasah sebab berkawan dengan awek orang
- Ditegur minum arak, anak perempuan mabuk bunuh bapa
- Puteri Lily buka mulut akhirnya
- SPRM mohon Notis Merah jejaki menantu Muhyiddin – KPN
- Sugar baby bukti kebejatan akhlak mahasiswa
- Kertas undi tidak dikembalikan di Sg Kandis, PH buat laporan polis
- Ahli UMNO jangan termasuk perangkap PN – Zahida
- Megat Zulkarnain pertimbang fail petisyen bantah keputusan Gombak Setia
- Kelantan, Terengganu dan Kedah patut laksanakan hukum hudud
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Dakwaan Syasya Dolla minum arak, ini jawapan tuan punya badan
You must be logged in to post a comment.