Jadikan PRU-16 pertandingan antara dua parti

Jadikan PRU-16 pertandingan antara dua parti

Sistem dua parti mungkin sudah boleh dipraktikkan di Malaysia bagi memastikan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri.

Berpandukan perkembangan politik semasa, Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) mungkin boleh dijadikan sebagai platform ke arah pertandingan dua parti yang mana setiap parti mengemukakan gagasan idea dan doktrin perjuangan secara komprehensif.



Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Syahruddin Ag. Ahmad berkata, parti politik di negara ini mungkin boleh dibahagikan kepada parti yang memperjuangkan hak dan pembangunan negara untuk rakyat secara konservatif dan juga satu parti lagi menjunjung prinsip liberal dan progresif ke arah kemajuan berteraskan suara rakyat menerusi perjuangan golongan buruh.

Amalan politik di negara ini sudah terbukti identikal kepada cara sistem dua parti kerana parti-parti politik bernaung di bawah satu gabungan atau pakatan yang begitu mirip kepada sistem dua parti.

“Cuma pada masa sekarang, setiap parti yang bergabung secara pakatan atau en-bloc di negara ini masih mengekalkan ideologi parti dan misi perjuangan masing-masing.

“Apabila bercakap tentang parti pan-Islamisme dan parti melayu maka, ada peruntukan Perlembagaan bagi kedua-dua aspek ini yang perlu diteliti sama ada sesuai atau tidak sistem dua parti mirip seperti sistem dua parti di Britain dilaksanakan di Malaysia.



“Namun, pemimpin-pemimpin politik di negara kita boleh cuba untuk mewujudkan sistem dua parti hibrid dalam konteks Malaysia,” katanya.

Syahruddin berkata, setiap sistem politik dalam konteks partisan baik dari segi doktrin, amalan dan penyertaan rakyat mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Sekiranya sistem dua parti dilaksanakan di negara ini sudah tentu memberi kesan tertentu kepada kepentingan dan keistimewaan bangsa Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, masyarakat orang asli, kaum Cina dan India serta agama Islam.

Menurut beliau, jika parti yang memegang prinsip konservatif dapat memelihara hak dan keistimewaan kaum majoriti dan minoriti di negara ini secara adil dan saksama, mungkin kestabilan dalam parti tunggal itu sudah dapat disepakati dan begitulah sebaliknya untuk parti yang memperjuangkan hak dan tuntutan rakyat atau golongan pekerja mungkin dapat ditangani berpandukan Perlembagaan Persekutuan .



Turut berkongsi pendapat sama, Pesnyarah Kanan UMS, Dr Romzi Ationg berkata, sewajarnya sistem dua parti ini dipraktikkan di Malaysia untuk politik yang lebih stabil.

“Namun, kita tidak perlu menghalang kebebasan sesiapa yang ingin bertanding,” katanya. Utusan

Jadikan PRU-16 pertandingan antara dua parti

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial



Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker