UMNO dapat satu jawatan Exco di Pulau Pinang atas ihsan DAP

DAP bersetuju memperuntukkan satu jawatan Exco di Pulau Pinang kepada Umno, kata setiausaha agungnya, Anthony Loke.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusat parti itu di Kuala Lumpur malam ini.

“Ada dua calon BN yang menang di Pulau Pinang. Maka kita akan lantik wakil BN dari Umno untuk duduki Exco,” katanya.

Pulau Pinang diketuai Chow Kon Yeow dari DAP.

Dua calon BN yang menang kerusi DUN Pulau Pinang dalam pilihan raya negeri pada Sabtu lalu ialah Reezal Merican Naina Merican (Bertam) dan Rashidi Zinol (Sungai Acheh).

Sebelum ini ada spekulasi mengatakan bahawa Reezal, yang merupakan bekas menteri, akan diberi jawatan sebagai timbalan ketua menteri dalam kerajaan negeri.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sebab UMNO kalah teruk

Kamal Adli takut buka media sosial

Sharnaaz, Amelia kongsi momen jatuh cinta

Bikini Amy Nur Tinie bikin panas

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker