PRN menunjukkan kita semakin hilang sokongan, kaji semula cara UMNO ditadbir

Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani menegaskan parti itu perlu mengkaji semula cara parti itu ditadbir.

Dia berkata keputusan pilihan raya negeri (PRN) semalam menunjukkan Umno semakin hilang sokongan orang Melayu.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu menegaskan Umno harus menilai keupayaan struktur sedia ada untuk menarik pengundi Melayu sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-16.

Dia juga berkata semua pimimpin Umno harus bertanggungjawab atas kekalahan ketara Umno yang hanya memperoleh 19 daripada 108 kerusi yang ditandinginya di enam negeri.

“Bagi pendapat saya, semua pemimpin Umno di setiap peringkat termasuk ‘Top 5’, MT, ketua-ketua bahagian di setiap negeri tersebut termasuk Wanita, Pemuda, Puteri kena bertanggungjawab ke atas kekalahan ini.

“Kita kena melihat semula sama ada cara Umno ditadbirkan selama ini dapat terus menarik sokongan orang Melayu pada masa akan datang. Kita perlu melihat perkara ini dari sekarang sebelum menjelangnya PRU16 yang akan diadakan pada tahun 2027,” kata Johari seperti dipetik FMT.

Umno turut mencatat prestasi buruk apabila gagal merampas atau mengekalkan mana-mana kerusi yang ditandinginya di Terengganu dan Kedah.

Bagaimanapun, ia memperoleh 14 kerusi di Negeri Sembilan dan dua kerusi masing-masing di Pulau Pinang dan Selangor. Di Kelantan, parti itu hanya memenangi kerusi DUN Galas.

PH-BN bagaimanapun berjaya mempertahankan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, sementara seteru mereka Perikatan Nasional, mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, Johari menambah bahawa Umno perlu mengambil maklum sokongan Melayu yang merosot terhadap parti itu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker