Nik Amar nyata terkejut dan tiada komen, mahu terus kempen pertahan Kelantan

Ketika namanya menjadi perhatian dan pelbagai spekulasi muncul berhubung masa depannya, Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah mengambil sikap selamat.

Ditanya mengenai kesan pengumuman PAS berhubung tawaran parti terbabit membawa perubahan pimpinan di Kelantan Mohd Amar enggan mengulas.

Sebaliknya calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Panchor itu meminta media merujuk perkara tersebut kepada Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

“Saya tidak ada komen… yang itu perlu tanya Takiyuddin. Nak tanya saya, saya nak jawab apa?

“Fokus saya adalah untuk menang dan kekalkan kerajaan Kelantan, itu adalah keutamaan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Panchor, Kota Bharu, hari ini.

Timbalan menteri besar sementara Kelantan berkenaan berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman Takiyuddin mengenai perubahan pimpinan utama kerajaan Kelantan selepas pilihan raya negeri (PRN) esok.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Takiyuddin berjanji membawa perubahan kepimpinan kerajaan negeri sekiranya PN terus diberi mandat daripada pengundi.

“Perubahan gabungan menteri besar dan timbalan menteri besar sekarang bagi negeri Kelantan dengan mengemukakan seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan ampun perkenan Sultan Kelantan.

“Bagi gabungan jawatan menteri besar dan timbalan menteri besar Kelantan yang akan ditawarkan selepas PRN nanti tidak dinamakan bagi menghormati mandat rakyat dan kuasa mutlak Sultan Kelantan dalam pelantikan jawatan menteri besar dan timbalan menteri besar,” katanya dalam sidang media khas berkenaan.

Untuk rekod Mohd Amar turut bertanding pada PRN kali ini bagi mempertahankan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Panchor, manakala menteri besar sementera Ahmad Yakob turut mempertahankan DUN Pasir Pekan yang disandangnya.

Kenyataan rasmi PAS itu cepat mengundang spekulasi mengenai masa depan politik Mohd Amar, khususnya apabila dia dikaitkan dengan isu tiadanya nama Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai calon PN di Chempaka.

Sejak beberapa hari lalu juga muncul gerakan yang mengajak pengundi mengalahkan Mohd Amar melalui kempen #44-1 di kawasan Pengkalan Chepa.

Ketika media menunggudi pekarangan rumah Mohd Amar, kelihatan Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary, dan calon PAS bagi DUN Kijang, Dr Izani Husin, berkunjung ke situ.

Mereka beredar kira-kira sejam kemudian.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin

Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker