Kanak-kanak 8 tahun lemas dalam paya

Lokasi mangsa ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia. – Foto ihsan Bomba

Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika ditemui dalam kawasan paya berhampiran sebuah kondominium di Jalan Baru, di sini, lewat petang tadi.

Terdahulu, mangsa yang juga etnik Rohingya berusia lapan tahun dipercayai bermain di kawasan itu sebelum ditemui lemas.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan jam 7 malam bagi operasi menyelamat mangsa.

“Orang awam membawa mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dalam usaha menyelamatkannya.



“Namun, kita mendapat panggilan bahawa mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan yang dikemaskini menerusi laman WhatsApp agensi itu, hari ini.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Lepas pakai tudung, tak dapat job sampai kereta kena tarik – Lisdawati

Sayangnya Hidup Dah Habis Dengan Kau Lelaki – Zarina Zainuddin



Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal

Rozita Che Wan mengamuk, ‘bab* mana buat cerita ni’



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker