Terpaksa bayar RM110, kena scam jurufoto depan KLCC
Berbekal telefon berjenama, kegiatan individu yang mengambil upah merakam gambar pengunjung berlatar belakang menara berkembar KLCC menimbulkan rasa rimas dalam kalangan pengguna.
Satu hantaran ‘hati-hati scammer di KLCC’ yang dikongsikan seorang pengendali media sosial menarik perhatian ribuan pengguna yang berkongsi pengalaman mendakwa diperdaya individu yang menawarkan perkhidmatan berkenaan.
Mereka mendakwa dikenakan caj tersembunyi dan tidak masuk akal.
Sehingga kini, video berdurasi 13 saat itu telah ditonton sehingga 1.9 juta pengguna media sosial.
Seorang mangsa yang menggunakan akaun, Ha_5650 berkata, dia terpaksa membayar sehingga RM110 selepas diperdaya seorang lelaki yang menawarkan diri untuk mengambil gambarnya dalam kejadian dua minggu lepas.
“Dia tawar ambil gambar RM10 saja. Lepas bergambar ada dalam lapan keping kemudian dia tanya nak ambik yang mana? Saya cakap nak semua. Lepas dia hantar ke telefon suami, dia minta RM80.
“Kemudian dia ‘pau’ kakak saya pula RM30 sekeping gambar…Untung besar dia hari tu tapi apa boleh buat terpaksa bayar semua. Malas nak keruhkan keadaan, total RM110 habis,” menurut komen ditinggalkan pada hantaran berkenaan.
Ha_5650 memaklumkan, jurufoto itu memberitahu mengenakan caj RM30 kepada pelancong luar negara.
“Kami orang Malaysia pun dia kikis habis-habis, inikan pula pelancong dari luar, ” luahnya.
Beberapa pengguna turut meluahkan rasa kurang senang dengan lambakan jurufoto yang didakwa bersikap biadab terhadap pengunjung dan seolah-seolah menguasai kawasan itu.
“Baru saja bawa pelancong. Boleh pula dia marah kami ambil gambar sendiri sebab tak guna servis mereka.
“Umpama mereka sewa tempat itu dan kami tak boleh kacau. Nasib ramai jadi kami buat tak tahu dan terus balik lepas selesai ambil gambar kerana serabut duduk di situ lama-lama,” luah Stallobello.
Terdapat pengguna lain turut mendakwa aktiviti itu dijalankan oleh warga asing yang menyamar sebagai orang tempatan bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
“Dia cakap dari Kota Kinabalu Sabah tapi terlopong apabila ditanya pasal Sabah, jadi saya syak dia orang luar.
“Dia jadi takut bila suami perkenalkan diri sebagai polis dan terus tidak berkira soal bayaran. Dia yang kena scam sebenarnya sebab suami bukan polis tapi pensyarah. Jadi hati-hati semua,” luah Asna Khalid.
Pengguna turut meminta penguat kuasa mengambil tindakan dan memantau kegiatan itu yang dibimbangi boleh merosakkan nama baik Malaysia.
“Pihak KLCC kena main peranan. Kalau makan dan berbasikal tepi air pancut pun kene tegur, apa salah tegur juga ulat gambar ini,” tulis Ixora Johan.
“Mana pihak berkuasa, kenapa biarkan perkara ini berleluasa? Ini tempat percuma untuk pelancong dalam dan luar negara. Kenapa biarkan mereka ‘conquer’?, menurut Qis Sajat.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ramasamy salahkan ‘Maharaja’ punca krisis DAP Pulau Pinang
- Geng kartel jadikan Bersatu macam tandas awam – Faiz
- Tiada isu air, boleh gali telaga sendiri – Mohd Amar
- ND Lala Sudah 8 Tahun Kahwin Dengan Siti Munirah – Fauziah
- Kavita Sidhu tak perlu seksi, cantik menawan di usia 51 tahun
- Ibu meraung lihat anak ditendang, dipukul pengasuh (Video)
- SPRM ‘sound’ menantu Muhyiddin, balik saja tak perlu drama
- Ibu mentua sihir menantu, kemaluan rasa terbakar (Video)
- Penyokong Annuar dari cawangan tak pernah wujud isytihar keluar UMNO
- Tetap basah dengan Syahir
- Rafizi sekolahkan Syahir Sulaiman
- Jenazah Sinead O’Connor dikebumi berlandaskan syariat Islam
- Pelajar UiTM maut motosikal rempuh MPV
- Mati dalam keadaan bogel di dalam kereta (Video)
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Suami curang ‘dibantai’ isteri di restoran di hadapan skandal