PN tidak dapat mencari tempat pendaratan masa ini

PN tidak dapat mencari tempat pendaratan masa ini

Walaupun PN berjaya membangkitkan kemarahan pengundi Melayu terhadap UMNO melalui “perang Internet” dalam pilihan raya umum, tetapi strategi sama sukar diulangi kali ini.

Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong berpendapat, strategi itu tidak boleh digunakan sekarang kerana PN kekurangan sasaran untuk melontarkan kemarahan dan kebencian.

“PN cuba melakukan provokasi dan menggerakkan rasa kebencian dan tidak puas hati pengundi terhadap Kerajaan Perpaduan, tetapi mereka tidak dapat mencari tempat pendaratan pada masa ini.

“Ini kerana pengundi Melayu tidak membenci Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Keduanya, Setiausaha Agung DAP iaitu Anthony Loke mendapat penilaian yang tinggi dalam kalangan pengundi Melayu atas pagar. Oleh itu, PN juga tidak dapat melontarkan kebencian itu kepada DAP,” katanya dalam wawancara bersama Oriental Daily.

Katanya, kelemahan utama PN pada masa ini adalah kegagalan mobilasi kebencian terhadap Anwar dan Anthony, seperti mana mereka pernah lakukan terhadap UMNO.

Jelasnya, walaupun tahap sokongan pengundi Melayu terhadap Anwar merosot berbanding awal pentadbiran, tetapi masih berada di paras yang selamat.

Katanya, PH sudah mempunyai organisasi yang mantap di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor selepas mentadbir selama tiga penggal manakala UMNO mempunyai akar umbi tersendiri.

“Di Negeri Sembilan, disebabkan organisasi tempatan Pas yang lebih lemah, negeri ini selama ini merupakan medan tempur antara PH dan BN.

“Oleh itu, PH dan BN mempunyai kelebihan apabila mereka berbanding bahu melalui Kerajaan Perpaduan untuk mempertahankan Negeri Sembilan,” katanya.

Tegasnya, keadaan bagaimanapun boleh berubah jika berlaku sesuatu luar jangkaan dalam tempoh lima hari terakhir menjelang hari pengundian.

“Jika berlaku kesilapan teknikal atau salah langkah dalam strategi sehingga diambil kesempatan oleh pihak lawan, maka ini pasti akan menjejaskan keadaan pilihan raya,” katanya. MG

PN tidak dapat mencari tempat pendaratan masa ini

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai

Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’

Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker