Anwar ke Kedah untuk ‘grand finale’

PRN 2023

Anwar ke Kedah untuk ‘grand finale’

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka berada di Kedah sebagai lokasi kempen ‘grand finale’ sehari sebelum rakyat membuang undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata perkara berkenaan sudah dipersetujui Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu semalam sebagai ikhtiar terakhir berkempen di negeri di bawah Perikatan Nasional (PN).



“Semalam saya sempat menghubungi Perdana Menteri meminta supaya dia memasukkan jadual ‘grand finale’ di Kedah.

Dia dah setuju ‘grand finale’ akan berlaku pada 11 Ogos ini.

“Perdana Menteri akan mula dengan sembahyang Jumaat. Kami akan susun di mana saya akan bincang nanti dengan Asmirul (Calon PH Kubang Rotan Mohd Asmirul Anuar Aris) dan pimpinan yang lain untuk kami susun jadual sehari dia ‘grand finale’,” katanya ketika ditemui selepas menyantuni peniaga di pasar besar Alor Setar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Anwar dijangka akan mengadakan kempen di Alor Setar dan Sungai Petani untuk membuat pecutan di saat akhir kempen.



Katanya, setakat ini pihaknya optimis untuk menawan 19 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam misi merampas Kedah daripada PN.

“Realitinya kami pun terima hakikat ‘underdog’ peringkat awal. Tapi apabila selepas seminggu kempen dengan semua kerancakan jentera kempen, gerak kerja calon dan sebagainya, maklumat dalaman daripada bilik gerakan utama kami di peringkat negeri melaporkan bahawa dua DUN yang sebelum ini tak ada dalam radar kemenangan dari iaitu Ayer Hangat dan Kuah ( Langkawi) menunjukkan semua indikator yang melegakan.

“Jadi saya fikir sebagai orang yang diberi tanggungjawab untuk ikut menjaga kempen dan mengetuai kempen di Kedah ini. Minimum mesti 19 DUN baru lah kita boleh cakap tentang mengambil alih kerajaan,” katanya.

Untuk rekod, komposisi DUN Kedah ketika ini menyaksikan PAS menguasai 15 kerusi, BERSATU (6), PKR (5), Parti Amanah Negara (4), manakala UMNO, DAP dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) masing-masing memiliki dua kerusi. HM



Anwar ke Kedah untuk ‘grand finale’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Danny-Fateha, kenal 5 hari, nikah dua minggu akhirnya bercerai



Masya Masyitah tayang paha pulak, siap peluk siapa tu?

Kisah dicintai Azwan Ali, respon Ziana Zain memang ‘deep’



Silap-silap PH/BN yang menang 6-0 atau menang 5-1



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker