PAS cakap besar, yakin menang 5-1 dalam PRN
Pemimpin PAS yakin kemenangan akan berpihak kepada Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini meskipun tanpa gabungan itu mengadakan ceramah.
Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary berkata, sepanjang pengalamannya, PRN kali ini merupakan pilihan raya yang paling diyakini mampu memberi kemenangan besar kepada gabungan itu.
“Di hadapan kita ini ada satu tarikh yang sangat penting iaitu tarikh untuk kita tunaikan tanggungjawab pada 12 Ogos.
“Sebagaimana disebutkan, tak payah ceramah dah sebenarnya. Tetapi oleh kerana memenuhi tuntutan untuk memastikan gerak kerja semuanya dalam keadaan siap-siaga, jadi antara agendanya kita buat ceramah.
“Kerana di seluruh negara rakyat dah tahu siapa yang ada di hadapan kita yang kita nak lawan, siapa yang kita nak pilih.
“Inilah dalam sejarah sepanjang pengalaman ambo (saya) satu-satunya pilihan raya yang kita rasa dengan penuh keyakinan dengan izin Allah kita akan mencapai kemenangan yang besar,” katanya sambil memetik ayat al-Quran.
Dia berkata demikian dalam ceramah mega Ppakat Pertahan peringkat dewan undangan negeri (DUN) Kelaboran di Tumpat, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, dan calon PN DUN Kelaboran Mohd Adanan Hassan.
Yakin skor 5-1
Sementara itu Ahmad Marzuk berkata, jika PN diibaratkan berlawan bola sepak, gabungan itu sudah menang skor 5-1 di enam negeri yang terlibat dalam PRN.
Malah dakwannya, PN juga mendapat peningkatan 20 peratus sokongan pengundi kaum Cina di Pulau Pinang.
“Kalau dikatakan enam buah negeri ini ibarat kita boleh (skor) 5-1 kalau berlawan bola sepak. Maklumat terbaru yang datang kepada kita tidak mustahil (6-0) kerana sebahagian besar daripada pengundi-pengundi kaum Cina, yang menjadi pengundi teras DAP di Pulau Pinang sudah pun menunjukkan sokongan kepada kita meningkat kepada 20 peratus.
“Dalam masa berbaki sebelum hari pembuangan undi ini, tidak mustahil kerana ada di hadapan kita sebuah kerajaan yang terdiri parti-parti gabungan parti yang khianat,” katanya.
Bekas menteri di jabatan perdana menteri (hal ehwal agama) itu turut merujuk kepada pertembungan kempen antara PH dan BN dalam PRU ke-15 lalu yang kemudiannya bergabung membentuk kerajaan persekutuan.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ketua Balai Polis Jalan Campbell jadi hero
- Uncle Cina hafal Surah Yasin sebagai amalan untuk sihat (Video)
- Guru hampir buta kena lastik kerana tegur pelajar merokok
- Siang Rosland ceraikan isteri pertama, malam Miera Leyana keluar ‘Dinner’ satu keluarga
- Saya wanita tulen – Calon BN Dun Ayer Hangat
- Sanusi dan Mahfuz, siapa yang bijak mencatur?
- Dah dua kali PAS minta maaf, jangan samapai kali ketiga
- Wakil rakyat PAN antara ditahan menagih syabu
- Amaran PAS untuk PAS
- Sanusi cari publisiti dengan gaduh dengan pemimpin, negeri tak jaga sangat pun
- Tular lelaki bergaduh guna batang besi, tali pinggang
- Dikurung Sejak 2009, Wanita Dedah Pernah Dirogol Lebih 1,000 Kali
- Chef Wan dedah hidap kanser limfoma
- Penunggang degil lalui jalan baru diturap dikejar pekerja pembinaan [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan
Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen
“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan