Saya wanita tulen – Calon BN Dun Ayer Hangat

Saya wanita tulen – Calon BN Dun Ayer Hangat

LANGKAWI: Namanya seperti lelaki menyebabkan calon BN DUN Ayer Hangat, Hisham Suhaily Othman, terpaksa membuat penjelasan kepada pengundi di kawasan itu.

“Saya bukan lelaki tetapi wanita tulen,” katanya.



Hisham Suhaily, 46, berkata beliau tampil membuat penjelasan itu bagi menangkis salah faham sebahagian penduduk yang mengatakan calon BN yang bertanding di kerusi itu adalah lelaki.

“Saya selesa dengan nama ini sejak kecil kerana ia adalah anugerah daripada arwah kedua ibu bapa, cuma kekeliruan tetap ada jika orang ramai hanya merujuk nama tanpa melihat pada wajah pemiliknya.

“Perkara ini (nama lelaki) terjadi kerana arwah bapa saya mahu meletakkan nama Hisham pada pangkal nama setiap anaknya,” katanya pada program Sarapan Rakyat di Pangkalan Nelayan Taman Nilam di sini, hari ini.

Ketua Wanita UMNO Langkawi itu berkata, beliau juga ada seorang abang bernama Hishamsul.



“Sebenarnya nama saya dalam sijil lahir ditulis satu suku kata Hishamsuhaily, tetapi ketika membuat kad pengenalan pada usia 12 tahun ia dipecahkan dua menjadi Hisham Suhaily yang digunakan sehingga sekarang.

“Sebelum ini saya tak kisah mengenainya, tapi apabila timbulkan oleh beberapa pengundi kawasan ini dan untuk mengelak salah faham berterusan, kenalah beri penjelasan,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, kerusi DUN Ayer Hangat menyaksikan Hisham Suhaily ditentang Shamsilah Siru daripada BERSATU mewakili Perikatan Nasional, selain dua calon Bebas, Safwan Hanif Shafie serta Zulfadli Mohd Yusof. BH

Saya wanita tulen – Calon BN Dun Ayer Hangat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen



Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG



Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker