Kumpulan nak keluar Umno hanya saudara-mara Annuar – Alwi

Kumpulan nak keluar Umno hanya saudara-mara Annuar – Alwi

BN Kelantan menyifatkan ahli-ahli parti itu yang berhasrat meninggalkan parti dan menyertai PN hanya membabitkan saudara-mara bekas Ahli parlimen Ketereh Annuar Musa.

Setiausaha BN Kelantan Md Alwi Che Ahmad berkata dia dimaklumkan langkah itu akan dibuat hampir 1,000 ahli dari cawangan Umno Cabang Tiga Haji Musa di Ketereh.



“Walaupun ramai yang dikatakan akan keluar, namun cawangan berkenaan tidak boleh dibubar kerana ia bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

“Kita tengoklah pengumuman Annuar petang ini, namun apa yang saya boleh katakan kumpulan itu adalah saudara-mara Annuar.

“Anak Annuar, Afiq Amani, yang juga ketua Pemuda Umno Ketereh dari cawangan sama, namun masih kekal bersama Umno,” katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu Annuar yang juga pengerusi Muafakat Nasional (MN) dilaporkan akan menjadi tuan rumah kepada majlis pengisytiharan keluar parti secara beramai-ramai oleh pemimpin dan ahli Umno pada hari ini.



Majlis berkenaan akan berlangsung di kediaman bekas Setiausaha Agung BN itu di Bukit Marak, Kota Bharu, Kelantan dan dijadual dihadiri Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Sementara itu Md Alwi mengakui langkah itu sedikit sebanyak mengganggu perjalanan parti terutama sepanjang tempoh berkempen pilihan raya negeri (PRN) ketika ini.

“Tetapi adatlah… apabila musim begini, suasana seperti ini tidak pelik dan biasa.

“Tindakan mereka juga tidak bercanggah dengan agama, peraturan negara serta pilihan raya.



“Jadi kita kena terima dengan hati terbuka kerana sedangkan suami isteri pun boleh bercerai, apatah lagi mereka yang duduk dalam parti.

“Tukar parti adalah perkara biasa. Sebagai contoh, Dr Mahathir Mohamad pun menyertai pelbagai parti.

“Itu normal dan kita jangan menganggap satu perkara besar sehingga menimbulkan perasaan marah dan benci,” katanya yang juga bekas Adun Kok Lanas. Mk

Kumpulan nak keluar Umno hanya saudara-mara Annuar – Alwi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar padam gambar dengan Syamsul tak tahan kena ‘serang’ netizen



Saya redha diceraikan Rosland

Riena Diana terima mesej lucah, merajuk padam gambar IG



Agong Hafal Lagu Ameng Spring – Netizen Teruja (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker