Lantak saja pelakon macam tu – Nabila Huda

Lantak saja pelakon macam tu – Nabila Huda

Pelakon, Nabila Huda mendedahkan dia sangat kagum dengan pelakon baharu yang begitu minat untuk berjaya dalam industri lakonan tanah air.

Namun begitu, Nabila atau nama sebenarnya, Nabila Huda Suhaimi, 39, memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak akan menasihati pelakon baharu yang tidak menunjukkan minat mendalam ketika berlakon.



Nabila berpendapat, tidak wajar untuknya memberikan nasihat kepada sesetengah pelakon yang dilihat hanya mahu mendapatkan populariti semata-mata.

Setelah beberapa lama, saya dapat lihat ada beberapa pelakon baharu sekarang ini mungkin mereka menceburkan diri dalam bidang lakonan kerana mempunyai kepentingan sendiri sahaja.

Maksudnya mereka jadi pelakon bukan sebab mereka betul-betul nak jadi pelakon, saya boleh nampak dan bukan main tuduh atau judge ke apa.

Mereka lebih ceburkan diri kerana nak dapatkan fame, lebih kepada nak jadi famous di televisyen, nak jadi terkenal, nak memiliki harta benda, nak disanjungi, dipuji tetapi bukan sebab passion.



Tetapi tidaklah semuanya begitu.

Nabila berkongsi perkara tersebut pada tayangan perdana filem Rahsia yang diadakan di GSC Mid Valley pada malam Selasa.

Tambah pelakon itu lagi, dia lebih memilih untuk tidak memberikan sebarang nasihat kepada sesetengah pelakon sebegitu kerana tidak mahu timbulnya perasaan negatif seperti benci-membenci dalam diri mereka terhadapnya.

Bila saya nampak ada sesetengah pelakon yang tidak begitu minat dalam bidang ini, saya rasa tidak perlulah untuk saya memberikan nasihat.



Pada saya mereka buatlah apa yang mereka suka, lantak kan lah mereka nak buat apa. Nanti suatu hari nanti mereka pasti akan menyesal.

Pada saya, masing-masing semakin meningkat dewasa, tak perlulah untuk saya nasihat sebabnya saya pun bahagia dengan hidup saya.

Nanti kalau saya cakap-cakap, beri nasihat silap-silap orang akan lagi benci pada saya. So, don’t bother.

Suka dengan pelakon yang jujur



Dalam pada itu, Nabila memaklumkan bahawa dia tetap bersifat terbuka untuk memberikan segala tips dan nasihat kepada pelakon yang benar-benar mahu memantapkan lagi gaya lakonan mereka seterusnya menjadi pelakon yang hebat.

Dahulunya, saya sangat berharap mereka yang muda dan baharu ini menginspirasikan gaya lakonan pelakon-pelakon senior.

Ada juga beberapa pelakon yang jujur, betul-betul nak jadi seorang pelakon, itu bagus.

Ada yang jumpa saya dan dia hormat, dia bercakap, ‘Kak saya memang nak sangat jadi macam akak, apa yang perlu saya buat?’. Ha kalau yang itu saya akan kongsi segala tips yang saya boleh bagi kepada mereka.



Filem Rahsia pada tahun 1987 merupakan filem seram pertama yang dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7). Bukan itu sahaja, filem yang diarahkan pengarah terkenal, Othman Hafsyam ini juga berjaya membolot tujuh anugerah dalam kategori lain yang dipertandingkan pada ketika.

Legasi Othman dilihat bakal diteruskan apabila anaknya sendiri, Shamyl Othman mengarahkan versi reboot filem Rahsia ini dengan memberikan nafas baharu di samping mengekalkan penceritaan asal.

Filem Rahsia ini dibintangi barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Rashidi Ishak, Qistina Raisah, Eman Manan dan ramai lagi. OB

Lantak saja pelakon macam tu – Nabila Huda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker