Ahmad Yakob bukan lagi MB Kelantan?

Ahmad Yakob bukan lagi MB Kelantan?

Barisan Nasional (BN) meramalkan Datuk Ahmad Yakob dijangka tidak akan dinamakan sebagai Menteri Besar Kelantan sekiranya Pas terus mendapat mandat dari rakyat untuk menjadi kerajaan selepas pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Setiausahanya Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad mendakwa perkara tersebut tidak mustahil berlaku selepas Pas dilihat berdepan krisis dalaman ketika ini.



“Pada hemat saya Kelantan akan mendapat Menteri Besar yang baharu selepas PRN dan perkara ini hampir pasti.

“Cuma saya tidak pasti sama ada Menteri Besar itu daripada Pas mahupun gabungan mereka, Perikatan Nasional (PN),”katanya pada sidang akhbar PRN BN- Pakatan Harapan (PH) di Dewan UMNO Kelantan di sini hari ini.

Md. Alwi turut mendakwa berlaku protes secara senyap daripada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas yang digugurkan.

Katanya, BN yakin protes secara senyap itu akan memberi kesan besar kepada slogan Pas untuk mempertahankan Kelantan.



“Kita dapati Pas kini mengalami krisis besar apabila ramai yang digugurkan sebagai calon PRN dengan alasan sudah berkhidmat lebih tiga penggal.

“Berdasarkan percakapan saya dengan beberapa orang dari parti berkenaan, tidak cukup (protes) dengan sekadar menarik bendera tetapi perlu lebih daripada itu untuk menyedarkan parti itu,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Pas Kelantan menegaskan parti itu tidak memerlukan calon Menteri Besar ‘bayangan’ kerana semua individu yang bertanding pada PRN layak untuk diangkat sebagai ketua jika terus diberi mandat oleh rakyat selepas 12 Ogos ini.

Persuruhjayanya, Ahmad berkata, peluang tersebut turut terbuka kepada calon yang menjadi Exco semasa pentadbiran sebelum ini. Utusan



Ahmad Yakob bukan lagi MB Kelantan?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”



“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah



Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker