Ketua Menteri Melaka Hadiri Sesi UNIMEL, Santuni Rakyat di Taman Botanikal

Ketua Menteri Melaka Hadiri Sesi UNIMEL, Santuni Rakyat di Taman Botanikal

Ketua Menteri Melaka Hadiri Sesi UNIMEL, Santuni Rakyat di Taman Botanikal

MELAKA, 9 Jun – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, meneruskan agenda harian beliau pada pagi ini dengan mengadakan lawatan tidak rasmi ke Kedai Pak Zahir di Taman Botanikal Melaka.

Lawatan santai tersebut menjadi ruang bagi beliau mendekati rakyat serta memahami kehidupan masyarakat setempat secara lebih dekat, selaras dengan pendekatan kepimpinan yang menekankan hubungan terus dengan rakyat.

“Sesekali berada di lokasi rekreasi sebegini mengingatkan kita bahawa kepimpinan perlu sentiasa dekat dengan rakyat, memahami kehidupan mereka secara lebih nyata dan mendalam,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Selepas sesi tersebut, beliau meneruskan tugas rasmi di Seri Negeri dengan menghadiri sesi pembentangan projek khas oleh Universiti Islam Melaka (UNIMEL). Sesi berkenaan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh peranan pendidikan tinggi sebagai pemangkin pembangunan negeri yang berilmu, berdaya saing dan berdaya tahan.

“Perbincangan ini penting dalam memperkukuh peranan pendidikan tinggi sebagai pemangkin pembangunan negeri yang berilmu, berdaya saing dan berdaya tahan,”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Semangat Perjuangan BN Terus Menyala Dengan Satu Hati, Satu Matlamat – Fuad Tukirin

katanya.

Menurut beliau, kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi seperti UNIMEL penting dalam memastikan pembangunan Melaka terus bergerak seiring dengan keperluan semasa serta memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Beliau turut menzahirkan harapan agar segala urusan dan perancangan dipermudahkan serta diberkati demi kesejahteraan negeri Melaka. – UMNO Online

Ketua Menteri Melaka Hadiri Sesi UNIMEL, Santuni Rakyat di Taman Botanikal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hormati Perbezaan … Kerjasama Kerajaan Perpaduan Tidak Jejas Prinsip Parti – Mohd Rafi

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker