Idris, Pilih Tempat Lain Kalau Nak Ceramah, Jangan Ganggu Mesyuarat UMNO’ – Ahmad Maslan
Idris, Pilih Tempat Lain Kalau Nak Ceramah, Jangan Ganggu Mesyuarat UMNO’ – Ahmad Maslan
KLEBANG: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mempersoalkan tindakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron yang hadir dalam mesyuarat UMNO Cawangan Klebang Kecil pada Ahad.
Jelas Ahmad, Idris telah disahkan dilucut keahlian dan tidak sepatutnya bertindak demikian.
“Beliau telah digugurkan keahlian pd 5 Oktober 2021. Surat saya bagi dah serah. Dia buat penarikan diri menolak kerajaan negeri Melaka pada 4 Oktober lalu.
“Lepas itu sudah disahkan semula dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memang dia dah tergugur keahlian. Kenapa orang yang dah bukan ahli nak datang mesyuarat UMNO ini?” jelasnya ketika ditemui di Sungai Udang pada Ahad.
Mengulas lanjut, kata Ahmad, Idris sepatutnya memilih kawasan lain untuk berceramah dan bukannya dalam mesyuarat UMNO.
“Itu sesuatu yang pelik, tapi benar berlaku pada Datuk Seri Idris Haron.. Apa yang nak disesali lagi?
“Kalau nak ceramah, ceramah la tempat lain, jangan ganggu mesyuarat UMNO,” katanya lagi.
Terdahulu, mesyuarat UMNO Cawangan Klebang Kecil kecoh selepas Idris muncul dan memberikan ucapan sebelum mesyuarat berlangsung di kediamannya di Klebang pada Ahad.
Idris, Pilih Tempat Lain Kalau Nak Ceramah, Jangan Ganggu Mesyuarat UMNO’ – Ahmad Maslan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
Selepas lompat parti, Malaysia juara aktiviti bocor audio pemimpin?
You must be logged in to post a comment.