Pencerobohan Masjid al-Aqsa, Malaysia kutuk dan kecam keras tindakan Israel

 

PUTRAJAYA – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan tentera dan pendatang Israel yang diketuai Menteri Keselamatannya ke dalam Masjid Al-Aqsa dan pekarangannya pada Khamis.

Pencerobohan itu jelas mempamerkan tindakan provokasi dan mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa, menurut Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan lewat Jumaat.



Malaysia tidak akan sekali-kali membenarkan sebarang percubaan tentera penjajah yang bertujuan mengubah status sejarah dan undang-undang Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif dan tidak akan mengiktiraf sebarang hasil daripada tindakan haram terbabit.

Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk mempertahankan status undang-undang tapak suci dan meminta rejim Israel bertanggungjawab atas pencerobohan itu demi keamanan dan kestabilan, tambah Wisma Putra.

Malaysia terus bersolidariti dengan rakyat Palestin dan mengulangi status Al-Haram Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam.

Malaysia juga berpegang teguh dengan pendiriannya yang tidak berbelah bahagi bahawa rakyat Palestin berhak untuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. – Bernama



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker