Kekal berhijab dan patuh syariah
Kekal berhijab dan patuh syariah
Bagi menambah kesopanan penampilan wanita berhijab jangan keterlaluan atau berlebihan fesyennya, tetapi masih boleh bergaya asal saja mematuhi tuntutan syariah.
Selain pemilihan fabrik yang betul, pilihan tudung mestilah kena dengan bentuk muka dan penampilan .
Tip ini sekadar bertujuan memberi inspirasi, namun gaya peribadi seseorang itu adalah subjektif bergantung kepada keselesaan dan cita rasa masing-masing.
Jangan ragu untuk bereksperimen, suai padan dan mengembangkan gaya tudung unik kerana ia mencerminkan keperibadian dan membuatkan anda tampil lebih selesa dan yakin. Cuba tip ini:
1. Selaraskan warna dan corak
* Pilih gaya tudung melengkapkan penampilan anda. Pastikan warna dan corak tudung bersesuaian dengan pakaian untuk menyerlahkan imej diri.
Anda bebas memilih warna yang senada atau kontra berdasarkan cita rasa gaya masing-masing.
2. Tambah aksesori bersesuaian
Ada pelbagai aksesori bersesuaian dengan penampilan berhijab, sama ada gunakan pin tudung, kerongsang atau cekak untuk kemasan tudung atau tambahkan sentuhan kilauan dengan penggunaan aksesori tambahan.
Cuma pastikan eleman sederhana dalam tata rias hijab dikekalkan.
3. Berani bermain dengan tekstur
Wanita berhijab boleh berekperimentasi dengan pelbagai seleksi fabrik tudung yang berbeza.
Suai padan fabrik licin yang bertekstur seperti renda atau baldu untuk memberi
kelainan pada penampilan.
4. Pilih hijab dengan sesuai majlis
Sentiasa ambil kira pemilihan hijab dengan kesesuaian majlis. Bagi majlis rasmi, pilih gaya yang lebih elegan.
Untuk majlis kasual, hijab yang lebih santai dan kreatif lebih menyerlahkan gaya.
5. Bereksperimentasi dengan fesyen berlapis
Mengapa tidak cuba sesuatu yang baru untuk menampilkan fesyen lebih unik.
Anda boleh sarung kardigan atau kimono panjang untuk memberikan gaya tambahan kepada tata rias tudung .
6. Ambil kira cuaca semasa
Apabila memilih hijab sentiasa ambil kira keadaan cuaca semasa. Jika cuaca panas, pilih fabrik yang lebih ringan dengan pengudaraan yang lebih baik.
Sementara jika cuaca sejuk, boleh memilih fesyen tudung berlapis atau selendang jenis pashmina.
8. Sentiasa yakin dengan penampilan
Apa sahaja gaya cuba ditampilkan, yang paling penting adalah keyakinan diri.
Jadikan penampilan anda sebagai simbol untuk berekspresi dan menunjukkan identiti atau karakter sebenar. BH
Kekal berhijab dan patuh syariah
Baca Artikel Menarik:
- Dato Malik ditahan SPRM
- Presiden Gerakan usah keras kepala – Pemuda PAS Tasek Gelugor
- Gangguan seksual terhadap Rara, influencer beri keterangan Khamis ini
- Tiba-tiba jadi ‘drummer’ Search, Naimi kejutkan cikgu dan rakan sekolah
- Nabil bengang netizen persoal kemenangan Bell Ngasri
- Aloe vera penyebab kanser?
- Kenyataan Maybank sebut ‘dasar PM tidak jelas’ sahih
- Tiada lagi Din Pudu
- Setiausaha Akhbar sebak, “Chief’ dah beri petunjuk mahu pulang pada 23 Julai, namun Chief’ pulang selamanya”
- Sampai mati saya buat Menu Rahmah – Bos Mydin sebak
- Pas dakwa dikhianat Bersatu rebut DUN Ayer Hangat
- ‘Tendang keluar’ penyandang, penyokong PAS Gual Periok turunkan bendera tanda protes
- Ibu mangsa dedah PU Azman minta anak lumur minyak pada kemaluan
- Baby Shima bakal bertanding pada PRN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)
Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri
Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)
You must be logged in to post a comment.