Jocelyn Chia dibuang keluarga
Jocelyn Chia dibuang keluarga
Kontroversi demi kontroversi yang dicetuskan pelawak kelahiran Singapura, Jocelyn Chia menyebabkan keluarganya juga tidak tahan dan dia ‘dibuang’ keluarga.
Dalam ciapan di Twitter beberapa hari lalu, bapa pelawak itu Anthony Chia Whye Liang mengumumkan dia dan isterinya, Shirley tidak mengiktiraf Jocelyn sebagai anak lagi sehingga mereka meninggal dunia.
“Perbuatannya menunjukkan saya gagal membesarkan dia menjadi manusia yang lebih baik untuk masyarakat.
“Masyarakat berhak dapat lebih baik daripada ini,” katanya.
Ahad lalu, seakan tidak serik, Jocelyn sekali lagi muncul dengan kontroversi apabila mempersendakan tindakan Malaysia berhubung aksi biadap kumpulan muzik The 1975 ketika membuat persembahan di Sepang, Selangor, baru-baru ini.
Dalam ciapan di Twitter, secara sinis wanita itu mengalu-alukan vokalis kumpulan itu, Matty Healy yang diletakkan sebagai individu senarai hitam kerajaan Malaysia selain turut mempersoalkan Malaysia tidak mengarahkan Polis Antarabangsa (Interpol) menahan kumpulan itu.
Sebelum ini, Jocelyn mencetuskan kontroversi selepas menjadikan topik kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 sebagai bahan jenakanya dalam satu persembahan komedi bertajuk ‘Singapore vs Malaysia’ di New York, Amerika Syarikat, Jun lalu.
Tindakannya itu dikecam pelbagai pihak termasuk rakyat Malaysia dan Singapura kerana tidak sensitif dengan perasaan keluarga mangsa yang masih bersedih dengan tragedi itu. BH
Jocelyn Chia dibuang keluarga
Baca Artikel Menarik:
- Dato Malik ditahan SPRM
- Presiden Gerakan usah keras kepala – Pemuda PAS Tasek Gelugor
- Gangguan seksual terhadap Rara, influencer beri keterangan Khamis ini
- Tiba-tiba jadi ‘drummer’ Search, Naimi kejutkan cikgu dan rakan sekolah
- Nabil bengang netizen persoal kemenangan Bell Ngasri
- Aloe vera penyebab kanser?
- Kenyataan Maybank sebut ‘dasar PM tidak jelas’ sahih
- Tiada lagi Din Pudu
- Setiausaha Akhbar sebak, “Chief’ dah beri petunjuk mahu pulang pada 23 Julai, namun Chief’ pulang selamanya”
- Sampai mati saya buat Menu Rahmah – Bos Mydin sebak
- Pas dakwa dikhianat Bersatu rebut DUN Ayer Hangat
- ‘Tendang keluar’ penyandang, penyokong PAS Gual Periok turunkan bendera tanda protes
- Ibu mangsa dedah PU Azman minta anak lumur minyak pada kemaluan
- Baby Shima bakal bertanding pada PRN
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)
Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri
Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)
You must be logged in to post a comment.