Bersatu Hulu Selangor tidak puas hati dengan pilihan calon

Bersatu Hulu Selangor tidak puas hati dengan pilihan calon

Beberapa jam menjelang pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) malam ini, Bersatu Hulu Selangor membuat “tuntutan akhir” kepada pucuk pimpinan parti supaya meletakkan Khairul Azhari Saut sebagai calon PRN di Batang Kali.

Tuntutan dibuat susulan spekulasi bekas ahli jawatankuasanya Muhammad Muhaimin Harith bakal dipilih calon PN di kerusi terbabit, yang bukan dicadangkan bahagian itu.

Ketua Bersatu Hulu Selangor, Md Anuar Mohd Nor, berkata bahagian itu sebulat suara menyokong Khairul yang juga timbalannya memadangkan beliau antara orang lama parti dan bekerja keras untuk mengukuhkan parti.

“Beliau juga mempunyai hubungan baik dengan rakan komponen PN dan pengundi bukan Melayu yang memberi kelebihan jika beliau dicalonkan pada PRN.

“Saya berharap pihak pimpinan tertinggi mendengar dan mengambil kira pandangangan Bersatu Hulu Selangor,” katanya dalam kenyataan.

Semalam FMT melaporkan kekecewaan Bersatu Hulu Selangor terhadap pucuk pimpinan parti kerana meminggirkan peranannya dalam memutuskan calon PN di DUN Batang Kali pada PRN 12 Ogos ini.

Menurut Anuar, rasa tidak puas hati itu menyebabkan ada ahli mengugut mahu menutup jentera dan meluahkan kemarahan di media sosial dengan memuat naik gambar mereka membakar dan memijak bendera PN.

PN akan mengumumkan calon PRN Selangor di padang awam MBPJ Taman Medan, 8 malam ini.

Pada PRU14 DUN Batang Kali dimenangi wakil Bersatu Harumaini Omar, namun beliau keluar parti susulan Langkah Sheraton dan menyertai Pejuang. FMT

Bersatu Hulu Selangor tidak puas hati dengan pilihan calon

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir

Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker