Tiada komplot, rancang tangkapan terhadap Sanusi – Ayob Khan

Tiada komplot, rancang tangkapan terhadap Sanusi – Ayob Khan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kononnya terdapat rancangan dan komplot untuk menangkap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dirancang sejak enam bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay penahanan yang dilakukan terhadap pemimpin berkenaan adalah berdasarkan kronologi siasatan yang dilakukan pihak polis.

Beliau berkata, sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan dan terpulang kepada tafsiran seseorang individu itu.

“Tengok semula kronologi siasatan kes beliau (Sanusi). Beliau keluarkan kenyataan pada 11 Julai, kemudian laporan polis diterima 12 Julai.

“Susulan daripada itu, ada lagi laporan dibuat pada 14 Julai oleh Majlis Diraja Selangor dan disebabkan itu kita buat tangkapan pada 18 Julai untuk pertuduhan di mahkamah.

“Jadi tidak timbul isu pihak polis jalankan siasatan enam bulan sebelum itu dan ada konspirasi,” katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, Ayob Khan merasmikan Majlis Penyerahan Bendera sempena Kejohanan World Police dan Fire Games Winnipeg 2023 di Bukit Aman.

Hadir sama Pengarah Pengurusan Datuk Seri Azmi Abu Kassim dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Mengulas lanjut, Ayob Khan menegaskan, amaran sudah berulang kali diberikan oleh pihak polis supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyentuh agama, raja dan kaum (3R).

Katanya, penahanan yang dilakukan terhadap Sanusi itu adalah susulan kenyataan menghina Institusi Diraja yang dibuatnya.

“Sempena bulan kemerdekaan tidak lama lagi, saya menyeru rakyat khususnya orang politik supaya melihat semula rukun negara ini.

“Jelas dalam rukun negara menyatakan kepercayaan kepada tuhan dan kesetiaan kepada raja dan negara.

“Kalau ada lagi mana mana-mana individu yang masih lagi cenderung untuk hina Institusi Diraja sudah pasti tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Menurutnya, apabila tindakan tegas diambil oleh polis terhadap perbuatan itu jangan buat spekulasi.

“Hati-hati, kita akan ambil tindakan tidak mengira latar belakang,” katanya.

Terdahulu media melaporkan Muhammad Sanusi mendedahkan terdapat rancangan untuk menangkap dan menjatuhkan kredibilitinya dirancang sejak enam bulan lalu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu dilapor berkata, ini berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada rakan yang memberi amaran bahawa tindakan akan diambil susulan kritikan terbuka kepada pihak tertentu. HM

Tiada komplot, rancang tangkapan terhadap Sanusi – Ayob Khan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir

Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker