Petanda kematian dalam Islam

Petanda kematian dalam Islam

Tempah nisan sendiri sebelum mati

Beria-ia ingin memakai baju warna putih untuk Aidilfitri

Rakan sebaya sempat bergurau sebelum pergi

Ini kali terakhir aku bergambar dengan kamu semua.

Ayat-ayat seumpama ini sering menjadi bualan sebaik urusan pengebumian dilaksanakan. Bahkan kata-kata tersebut dianggap biasa sehinggalah sesuatu menimpa seseorang. Kerana itu ramai yang percaya, orang yang hendak meninggal, sebenarnya tahu bahawa ajalnya semakin hampir. Cuma tanda-tanda itu akan hanya dijelaskan melalui perkataan atau perbuatan-perbuatan yang dianggap sebagai ‘buang tabiat’. Soalnya, benarkah begitu?

Pensyarah Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ibnor Azli Ibrahim menafikannya. Ini kerana, jelas beliau, tiada satu pun ayat al-Quran dan hadis yang menerangkan tentang petanda kematian yang menunjukkan sikap-sikap ganjil oleh seseorang menjelang kematiannya.

“Kematian mempunyai dua perspektif iaitu Islam dan saintifik. Dalam Islam, kematian merupakan satu perpindahan dari ada kepada tiada. Manakala saintifik pula, kematian bergantung kepada sesebuah sistem sel-sel yang mati dalam tubuh manusia sehinggakan seseorang itu tidak boleh makan, minum, dan bergerak untuk menjalani kehidupan biasa mereka,” katanya memulakan bicara.

Ujar Dr. Ibnor Azli lagi, perkara-perkara yang dinyatakan di atas hanyalah bersifat kebetulan. Ini kerana ajal maut adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh manusia sehingga hari kiamat. Hal ini bersesuaian dengan hadis Nabi s.a.w.

“Sesungguhnya Allah mempunyai pengetahuan mengenai hari kiamat, Dia yang menghantar hujan, dia mengetahui apa yang di dalam rahim, tiada siapa tahu apakan nasibnya esok, dan tiada siapa tahu di bumi mana dia akan mati.” (HR Bukhari).

Apa pun tanda-tanda hampirnya kematian, tegas Dr. Ibnor, secara zahirnya ia dapat dilihat dari proses kehidupan seperti pertambahan umur yang menjadikan seseorang itu bersifat seperti keanak-anakan pada usianya yang sudah lanjut. Juga, bertambah uban di kepala serta mudah menjadi seorang yang lupa dan nyanyuk.

Namun, itu semua bukan penentu kerana ada juga kanak-kanak atau orang muda yang menerima `kad jemputan’ itu lebih awal.

Kenyataan tersebut juga disebut dalam al-Quran yang menerangkan bagaimana usia seseorang manusia akan dikembalikan kepada usia tua sebagai sebuah permulaan hidup.

Orang kita selalu akan kaitkan tanda kematian itu selepas mati. Jika orang itu masih hidup, tanda-tanda itu dianggap biasa malah kita sendiri pun tidak boleh meramal kematiannya.

“Ingin saya tegaskan, itu hanya dikenali sebagai buang tebiat. Sedangkan dalam al-Quran dan Hadis tidak pernah menyebut tentang tanda-tanda kematian. Yang ada hanyalah usia tua sahaja yang membawa tanda penghujung hayat kita tersebut seperti saya katakan sebentar tadi,” ujarnya lagi.

Beliau turut menolak dakwaan yang mengatakan tanda-tanda kematian itu boleh diketahui melalui pengiraan hari. Cuma tanda-tanda tersebut berkemungkinan boleh dirasai dengan datangnya ilham dan mimpi dari Allah Taala yang mampu diperoleh oleh orang-orang tertentu sahaja.

Percaya tanda kematian adat Melayu

Adapun wujudnya tanda kematian yang sebenar adalah ketika sesuatu roh keluar dari tubuh jasad seseorang manusia (nazak), bukannya perkara-perkara ganjil yang selalu dicanang oleh masyarakat umum khususnya Melayu dalam meramal kematian seseorang.

Ini kerana Allah telah berfirman dalam surah An-Nisaa’: 18

“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, sehingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati (nazak), dan berkatalah ia sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini (sedangkan taubatnya itu sudah terlambat) dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedangkan mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian kami telah sediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya”.

Ayat ini menunjukkan bahawa tanda suatu kematian itu hanya diketahui apabila seseorang itu nazak sejurus selepas melakukan taubat atau sebaliknya. Hal ini juga turut dipersetujui oleh Imam Qurtubi, Imam al-Razi serta Abbas dalam tafsir mereka yang menganggap tanda-tanda kematian itu adalah ketika suatu roh itu keluar dari jasadnya.

Ini kerana bukan setakat manusia, nabi dan rasul sendiri pun tidak diberitahu bilakah mati itu akan tiba. Justeru itu, sebahagian besar para ulama juga mengatakan bahawa kita tidak boleh meramalkan kematian seseorang dengan perkara-perkara yang pelik melainkan munculnya nazak seperti yang disebutkan dalam surah An-Nisaa’ di atas.

Nabi juga pernah bersabda dalam sebuah hadis Hasan yang diriwayatkan at-Tarmizi,

“Allah Taala akan menerima taubatnya selagi dia tidak nazak”

Jelas di sini membuatkan kukuhnya nazak ini sebagai satu tanda kematian

Amalan mempercayai tanda kematian ini merupakan satu adat khususnya Melayu yang dibuat-buat sedangkan ianya tidak pernah disebutkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. kerana ada hikmahnya yang tertentu.

Selain itu, mempercayai tanda-tanda kematian melalui proses pengiraan hari serta wujudnya cerita nyawa manusia ditarik berdasarkan dedaunan yang gugur dari pokok di araysh Allah, itu juga langsung tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah, bahkan ia hanyalah kata-kata adat orang kita sahaja.

Ada hikmahnya Allah Taala ‘menghaibkan’ tanda-tanda tersebut. Jika tanda-tanda tersebut tidak dighaibkan dan boleh diketahui akan kelibatnya, sudah pasti semua manusia akan beramal alim serta tidak melakukan maksiat, seolah-olah ujian yang diturunkan ‘mudah’ dan ‘senang’ untuk dilalui semua insan. Ini terdapat dalam surah Al-An’aam: 59,

“Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja, dan Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut, dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur basah mahu pun, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata”

Menyentuh perihal perkara ghaib tersebut, terdapat lima perkara ghaib yang tidak diketahui manusia iaitu turunnya hujan, kandungan rahim, kehidupan masa hadapan dan kematian. Hal ini dikuatkan lagi dalam surah Luqman: 34

“Sesungguhnya di sisi Allah, pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia jugalah, yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang di dalam rahim, dan tiada seseorang pun yang betul apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seseorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati.”

Sememangnya tiada satu pun hadis Nabi Muhammad s.a.w. terdapat ayat-ayat tertentu yang dipratikkan untuk mengenali tanda-tanda kematian. Jikalau ada pun, cuma sebahagian para ulama yang mempraktikkannya menerusi karamah iaitu satu anugerah yang diberikan Allah untuk para-para solehin. Begitu juga dengan mimpi dan ilham, hanya segelintir orang yang mampu merasainya.

Justeru itu jangan sesekali terlalu mempercayai tanda-tanda kematian. Perbuatan ini mendatangkan khurafat kerana ia boleh mensyirikkan Allah. Setiap manusia akan mati, tetapi bila dan di mana, kita tidak tahu melainkan takdir-Nya. Apa paling penting, kita hendaklah bersedia setiap masa kerana kematian akan datang pada bila-bila masa. Wallahu a’lam Utv

Petanda kematian dalam Islam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir

Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker