Kabinet setuju semak Akta Hasutan, hanya untuk lindungi raja-raja

Kabinet setuju semak Akta Hasutan, hanya untuk lindungi raja-raja

Jemaah Menteri hari ini bersetuju menyemak Akta Hasutan 1948 dengan sewajarnya bagi memastikan undang-undang itu hanya digunakan untuk melindungi institusi raja-raja daripada sebarang provokasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata penggubalan undang-undang baharu juga akan diteliti untuk menangangani provokasi membabitkan agama dan bangsa bagi menjaga keharmonian serta perpaduan negara.

“(Ia) mengambil kira pandangan institusi raja-raja sebagai ketua agama Islam, dan amalan serta prinsip terbaik antarabangsa.

“Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri akan mengambil langkah sewajarnya dalam menyemak secara terperinci Akta Hasutan 1948 dan memastikan cadangan pindaan yang bakal dicadangkan benar-benar bertujuan melindungi institusi raja-raja secara holistik,” katanya dalam kenyataan.

Pendirian Jemaah Menteri itu menyusul beberapa hari selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak termasuk pembangkang agar mengelak daripada mengkritik raja-raja Melayu.

Anwar menegaskan beliau tidak akan menggunakan Akta Hasutan terhadap pengkritiknya, sebaliknya hanya akan memfailkan saman atau membuat laporan polis.

Pada 18 Jul lalu, pemimpin PAS Sanusi Nor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan membuat kenyataan hasutan terhadap raja.

Kedua-dua pertuduhan terhadap menteri besar Kedah itu dibuat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sanusi didakwa melakukan kesalahan itu di Simpang Empat, Taman Selayang Mutiara, Gombak, Selangor pada 11 Julai lalu. FMT

Kabinet setuju semak Akta Hasutan, hanya untuk lindungi raja-raja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir

Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker