Hina al-Quran: Wisma Putra panggil duta Sweden
Hina al-Quran: Wisma Putra panggil duta Sweden
Kementerian Luar pada Isnin memanggil Duta Besar Sweden ke Malaysia Joachim Bergstrom untuk menzahirkan kecaman keras kerajaan Malaysia terhadap tindakan menghina kitab suci al-Quran di Stockholm, Sweden pada 20 Julai.
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan dalam pertemuan itu, pihaknya menegaskan kepada duta besar bahawa kebebasan bersuara perlu diamalkan dengan penuh tanggungjawab serta mengambil kira sensitiviti agama kepelbagaian komuniti global.
“Kementerian ini menegaskan kembali bantahan dan kekecewaan Malaysia terhadap kerajaan Sweden yang memberikan kelulusan dan membenarkan tindakan menghina al-Quran dilakukan berulang kali di Sweden dengan alasan kebebasan bersuara.
“Walaupun cubaan membakar al-Quran itu gagal, tindakan provokatif memijak kitab suci ini tetap mengakibatkan kegusaran dan menyinggung jutaan umat Islam seluruh dunia,” menurut kenyataan itu.
Dalam hal ini, Wisma Putra menggesa kerajaan Sweden untuk menilai semula pelaksanaan konsep kebebasan bersuara dan mengambil langkah segera dan tindakan yang perlu untuk menamatkan “Islamofobia berstruktur”.
“Perbuatan tidak menghormati mana-mana agama berpotensi mencetuskan kebencian dan akan menjejaskan keharmonian serta budaya hidup bersama secara aman di kalangan masyarakat yang berbilang agama,” menurut kenyataan itu.
Ini merupakan kali ketiga tindakan keji itu dilakukan di Sweden tahun ini, selepas insiden pertama dan kedua pada Januari dan Jun 2023. FMT
Hina al-Quran: Wisma Putra panggil duta Sweden
Baca Artikel Menarik:
- ‘Ibu ayam’ dicekup selepas balik dari Mekah
- Alasan TMJ tak relevan, FAM perlu hukum JDT
- Saya terdesak dalam poket ada RM15 saja
- Kata-kata terakhir arwah Salahuddin sebelum dikejarkan ke hospital
- Isteri Bell Ngasri dedah sisi lain Barkoba di rumah
- Mohd Amar dakwa staf ke tandas
- REE: ‘Kehilangan’ 2 warga China jadi tanda tanya
- Polis Perak cari lelaki baring atas jalan raya
- Punca pendarahan otak
- Pengumuman calon PRN panas, cetus konflik dalaman parti
- Anwar beri amaran ‘bekas pemimpin negara’ pulangkan wang dan harta yang kamu curi daripada rakyat
- Annuar Musa disaman!
- Fasha Sandha Makin Seksi Selepas Kurus [VIDEO]
- Music Malaysia sokong penuh tindakan tegas kerajaan haramkan kumpulan The 1975
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35
You must be logged in to post a comment.