Anak saya dicabul PU Azman di dapur, dakwa ibu mangsa

Anak saya dicabul PU Azman di dapur, dakwa ibu mangsa

Seremban: Hari kedua perbicaraan kes amang seksual fizikal membabitkan pendakwah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini mendengar keterangan ibu kepada salah seorang mangsa.

Saksi kelima berusia 45 tahun itu mendedahkan dia yakin anaknya tidak terbabit dalam aktiviti hubungan sejenis, sebaliknya dipaksa oleh tertuduh atau nama sebenarnya Azman Syah Alias, 42.

Dalam keterangan di hadapan Hakim Datin Surita Budin, wanita itu mendakwa anak lelakinya yang kini berusia 18 tahun memberitahu dicabul PU Azman ketika berbual di dapur rumah mereka di Klang, Selangor antara 21 Ogos hingga 29 Ogos 2022.

“Dia (anak) lelaki normal, saya tahu anak bukan macam itu (songsang). Dia cakap PU Azman pegang-pegang tetapi dia tidak kata pegang di mana, mungkin dia segan nak cakap (dengan saya).

“Saya terkejut dan tergamam bila dapat berita ini, anak kata jangan beritahu ayah sebab dia tahu ayahnya tegas,” katanya.

Menurutnya, dalam tempoh seminggu itu, anaknya mendapat cuti sakit dan hanya berada di rumah selepas terbabit dalam kemalangan motosikal.

Katanya, dia yakin anak kedua daripada lima beradik itu tidak menipu dalam kes amang seksual PU Azman walaupun hanya mengenali penceramah itu di televisyen.

Ketika disoal oleh peguam yang mewakili PU Azman, Fahmi Adilah bahawa adakah dia mengetahui anaknya pernah meminta wang daripada tertuduh.

Wanita itu menjawab tidak tahu, namun satu transaksi wang berjumlah RM200 pernah dimasukkan ke dalam akaun banknya daripada pengirim bernama Azman Syah pada 27 Ogos 2022 dengan rujukan rawatan kemalangan.

“Masa itu saya tidak tahu nama sebenar PU Azman adalah Azman Syah Alias. Anak hanya minta nombor akaun bank kerana nak pulangkan duit sebab tersalah buat pesanan.

“Saya pun tidak tanya lanjut, anak kata kawan yang masukkan duit, selepas 2 September 2022 baru saya tahu nama sebenar PU Azman daripada pegawai polis,” katanya.

Terdahulu, tertuduh yang turut dikenali dengan nama Cik Man tiba di Kompleks Mahkamah Seremban, di sini, kira-kira 9.30 pagi dengan memakai baju berwarna hijau serta berkopiah.

Dalam pada itu, saksi keenam berusia 20 tahun yang juga kepada salah seorang mangsa dilihat kurang selesa ketika memberi keterangan berikutan kehadiran PU Azman dalam kandang tertuduh.

Lelaki itu memaklumkan dia menjadi mangsa seksual tertuduh dan mengetahui salah seorang rakannya turut menjadi mangsa selepas bertanya sendiri bagi mendapatkan kesahihan.

“Saya yang tanya pada dia (mangsa lain) sebab dia rapat dengan Cik Man, selepas saya sendiri kena gangguan seksual.

“Kejadian itu berlaku di rumah saya di Klang pada 10 Jun 2022, masa itu ada ibu, adik, saya, dia (mangsa lain) dan Cik Man,” katanya.

Mahkamah kemudian memutuskan prosiding perbicaraan dijalankan secara tertutup selepas saksi keenam itu dilihat tidak selesa yang mana tertuduh diperintahkan duduk di bahagian belakang (kerusi orang awam) dan dihadang dengan tirai.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Balkis Zunaidi, Husni Fairos Ramly dan Goh Hsiao Tung, manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir.

Seramai 26 saksi dijangka dipanggil sepanjang perbicaraan ini yang bermula semalam hingga 28 Julai depan.

Pada 12 Oktober 2022, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau.

Kesalahan itu dilakukan di tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara, Sendayan di Nilai pada 6 Julai tahun lalu.

Selain itu, PU Azman turut berdepan tujuh lagi pertuduhan berhubung kesalahan jenayah seksual yang didakwa dilakukannya terhadap dua kanak-kanak dan seorang remaja di Mahkamah Shah Alam, Klang dan Ampang. HM

Anak saya dicabul PU Azman di dapur, dakwa ibu mangsa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Penyanyi bertudung didakwa amal sihir

Raja Ilya Diperli Dah Tak Ada Job Sampai Kena Rakam Gambar Mandi (Video)

Saya tapau nasi vanggey dua dengan teh o ais untuk Dr Malar – Bell Ngasri

Tuntut Keadilan Selepas Dakwa Dipukul Johor Military Force (JMF)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker